.

Konco-konco

Wednesday, June 25, 2014

Cara Beli Online Ticket:Tiket:Wayang:Cinema:e-payment:online banking:GSC:Scan barcode

Assalam and Good Morning :)

Kali pertama saya buat online booking tiket wayang GSC, jadi saya nak berkongsi ilmu baru ni untuk orang lain.

Mule bukak website GSC http://www.gsc.com.my/

Untuk pengetahuan semua, hanya membership GSC je boleh beli tiket online. Korang bukan member?jangan risau, sign up je dengan klik 'JOIN'. Simple je step untuk join. (sebelah LOGIN). Refer gambar di bawah.

Selepas tu, isikan maklumat yang die mintak. Dah siap isi, klik submit. (No. passport x wajib isi kalau tiada).
Lepas tu check email yang korang isi dalam borang tadi, ada link dalam email tu, klik untuk pengesahan pendaftaran. Jadi anda sudah berjaya menjadi membership GSC dan layak beli tiket online.

Korang log in guna ID dan password yang korang guna/decide/tentukan masa isi borang pendaftaran tadi.
 

Klik kat 'Ticketing&Showtime', klik 'e-Payment'

klik proceed. 


korang boleh klik kat cinema mana korang nak pegi tengok cth: Megamall, Times Square, Starmall Mentakab. Lepas tu, klik movie untuk tengok senarai movie pilihan korang.

Lepas tu, belah kanan akan keluar waktu&tarikh movie yang korang nak tengok, boleh klik yang mana (yang warna merah tu). Lepas tu, klik movie pukul berapa yang korang nak tengok.

Akan processing sekejap, bile keluar gambar bawah ni, klik seat mana korang nak duduk. Yang nombor tu kosong, boleh pilih. Klik dengan cursor untuk tanda tempat (akan jadi warna hijau tanda korang dah cop). Selepas tu klik 'Next'.


Screen bawah akan keluar. Harga, berapa tiket, dewasa/kanak2 boleh pilih kat atas tu. Total yang keluar ni adalah harga tiket tidak termasuk yuran pembelian iaitu RM0.50 untuk 1 tiket untuk GSC. Kalau TGV RM1. Tandakan pada kotak 'I agree to terms & conditions'. Lepas tu klik 'Purchase'.


Pilih cara bayaran. Kredit kad/online banking. Lepas tu klik 'Pay'. (Jadi korang kene log in online banking korang lah untuk teruskan pembayaran. Cth bank: Maybank, cimb, rhb etc. Boleh tengok kat senarai yang keluar.)

Maybank2u

cimbclicks

Kad Kredit
 

Lepas tu, jumpe screen kat bawah ni, cek dulu maklumat yang tertera, baru klik 'Confirm' kalau dah pasti.

Kalau pembayaran statusnya berjaya, kat web gsc tadi akan keluar Transaction Status Successful.
 

Sila print tiket tu, klik kat history, atau kalau memang dah keluar screen kat bawah ni klik 'Print Tickets' @Selfprint Tickets. Kalau tak de, boleh cek email sebab dorang akan send kat email jugak. Sila print, sebab ada confirmation ID untuk ambil/collect tiket kat kaunter GSC nanti. Tanpa confirmation ID korang tak boleh dapat tiket sebenar. Duit dah bayar, tiket dengan duit melayang.


Kat bawah ni la Selfprint Ticket. Sila print, bawak ke kaunter untuk collect tiket. Datang awal 1 jam. Ada orang kata tak payah print pun tak pe cuma ingat dan bagi nombor Confirmation ID je pun boleh. Tapi tak confident, nak kena print jugak. huhu..So, saya dan adik-beradik nak enjoy movie Transformers this coming Friday!!! x sabar.

Update 18/8/2014:

haha...xpayah collect tiket pun takpe kalau anda ade kertas selfprint. Seperti yang di mentioned dalam blog yang saya bace tu die pesan suruh datang sejam awal takut tiket di lelong, lelong?aku tak pasti ye ke betol, sebab kalau dah scan barcode masa nak masuk tu, kire datang on time pun tak pe tak perlu awal sejam, unless you'all tak print out kena la datang awal 10 minit untuk collect tiket kat kaunter e-payment. Atau mungkin tuan blogger tu just book sahaja belum bayar, ntah la..sebab aku tak jumpe pulak option untuk book saje, beli ada lah. Itu pun kalau cinema tempat korang pergi ade gate yang boleh scan barcode. Aku baru ni dgn siblings tengok Expendables 3, just scan barcode kat kertas selfprint (pintu gate open) then masuk. Tak perlu print 4 keping kalau 4 orang, 1 pun dah cukup. Ada sesetengah orang yang beli tiket online menggunakan application GSC kat google play tu, dorang tak print out, boleh juga just save gambar barcode dalam handphone, then scan barcode guna handphone je kat gate.

Gate tempat scan barcode macam kat bawah ni (pintu kecil sebelah kiri macam dekat LRT tu).

Selain menggunakan services pembelian e-payment tiket kat website GSC. Sekarang dah advance sebab dah ada apps/application android Golden Screen Cinema yang mana semua orang boleh shoping tiket sesuka hati. huhu...boleh download di sini Golden Screen Cinema Apps.

Ok, hope membantu :)

Line leaf top Pictures, Images and Photos onion head Pictures, Images and Photos

Tuesday, May 27, 2014

Imbas Piala Thomas 1992

Assalamu'alaikum and good day~




Entry ni nak bercerita pasal Piala Thomas tahun 1992. Aku ade sebab tersendiri kenape nak share entry pasal ni, antaranya adalah kerana untuk generasi2 muda macam aku, masa tu kecik lagi jadi ketinggalan merasai kegemilangan Piala Thomas yg Malaysia berjaya rampas. Masa tu aku baru 4 tahun. So, untuk budak2 belia macam aku ni perlu research sendiri pasal sejarah kegemilangan tu untuk tahu lebih lagi, almaklumlah...bile org bercakap pasal Malaysia menang Piala Thomas 1992, aku x berapa dapat gambaran langsung macam mana suasana dengan kehangatan masa tu. Harap entry ni dapat la sikit sebanyak dikongsi bersama2. (Piala Thomas tahun 2014 berkongsi misi sama macam Pahang untuk Piala Malaysia, haha...Misi 1992!)

                                     

(kebetulan aku suke sangat2 kartun anak-anak sidek, masa kecik selalu missed, dah besar2 follow balik kat youtube!!!best)


ok, untuk Piala Thomas ni mcm yg kita tahu, kita berlawan sebagai 1 pasukan. Ade 5 team semuanye (single/perseorangan atau beregu/couple)..untuk pengetahuan korang, masa Piala Thomas 1992 yg kita menang tu, mata penuh perlawanan 15 mata je tau x, huhu..aku pun baru tau ni, beza dgn sekarang mata penuh 21 mata. So, masa yg dorang ambik x la lama macam sekarang.

Masa tu yang mewakili pasukan Malaysia kalau x silap Jalani Sidek&Razif Sidek 1 team, Rashid Sidek single, pastu beregu Cine 1, single cine 2. So, 2 team beregu, 3 perseorangan. Masa tu kita kemarau 25 tahun untuk Piala Thomas, 1992 adalah tahun paling gemilang sukan Badminton.

Masa tu jugak, kat KL dorang pasang screen besar kat Dataran Merdeka menyaksikan ramai2 perlawanan ni, penyokong Malaysia sama ramai dengan penyokong Indonesia. Dorang kata happening gile masa tu, screen2 besar kat kedai2 makan dgn mamak maybe dapat ilham dari screen besar Dataran Merdeka ni...perlawanan Piala Thomas masa tu dibuat kat Stadium Negara.

"Rashid Sidek sebagai pemain perseorangan pertama menewaskan pemain handalan Indonesia, Ardy Bernardus Wiranata ( 15–11, 10–15, 15–8) tetapi pasangan pertama negara Jailani dan Razif Sidek tewas mengejut kepada pasangan Indonesia Eddy Hartono dan Rudy Gunawan ( 9-15, 15-9, 3-15 ) ." Malaysia 1-1 Indonesia.
"Foo Kok Keong perseorangan kedua telah menang ke atas Allan Budi Kusuma ( 15 -6, 15- 12 ) menjadikan kedudukan Malaysia 2 – Indonesia 1. "
"Perlawananan berpasukan kedua antara Cheah Soon Kit dan Soo Beng Kiang menentang Rexy Manaiky dan Ricky Subagja. Pasangan negara menang dengan mata 15-12, 10-15, 15-8 .)"
(http://www.kujie2.com)

Malaysia 3, Indonesia 1...yeay!!!!

lagi 1 match yang terakhir perseoragan Kwan Yoke Meng kalah dengan Joko Suprianti (3-15, 7-15)..tp semua dah x heran sebab kite dah pun menang!!!

Kat bawah ni keputusan penuh masa tu...kite menang Malaysia 3-2 Indonesia.

                            
Tahun ni aku berharap sangat2 menang, sebab musuh utama Malaysia ialah China, sebab dorang sangat kuat. Tiap2 kali Piala Thomas mesti kita final bertemu China..tahun ni seluruh rakyat meletakkan harapan yang cukup tinggi sebab China x lepas final, kita bertemu Jepun. Tapi apekan daya, nasib x sebelah Malaysia. Kita kalah lagi...Isnin esoknya seluruh Malaysia dalam kesedihan sob3. Termasuk aku..Doakan Malaysia Boleh!!!

Line leaf top Pictures, Images and Photos onion head Pictures, Images and Photos

Wednesday, April 23, 2014

If you smell what the rock is cooking..

Dari kecik2 tengok wrestling..fyi, my hometown at Jengka masa tu, rumah arwah nenek cuma dapat channel TV3. So, xde pilihan lain terpaksa hadap je TV3. That time, antara rancangan TV yg famous macam Pi Mai Pi Mai Tang Tu, WWF, futurama, cite china lama2 like kungfu lewat petang dan lain2..

Actually even xde astro that time, rase heaven je. Sebab banyak masa kanak2 aku bermain dengan alam..aku ni buas sikit, kawan dengan anak jiran lelaki lak tu. Pegi mancing kolam, Pernah sampai ke Ladang sawit mancing kat tali air, berkubang dalam paya, semua permainan traditional kami main, termasuk lah yg modern sikit mcm video tape game, kereta control, kereta dash..huhu..priceless memories.

selalu sgt tgk WWF. Even esok nk UPSR aku boleh layan WWF malam tu. haha! sampai kenal la some of wrestlers like Rikishi Patu, Triple X, Stone Cold, Cane, Under taker, Rob Van Dam, Big Show, Eddie (passed away-heart attack), Jerrico etc.


IF YOU SMELL WHAT THE ROCK IS COOKING??

This quote is refering to what the famouswrestler 'The ROCK' says when he is about to smash into someone.

trademark WWF yg famous masa tu. Dari dulu tertanya apa maksud die. Bile dah besar ni baru nak cari..
Oh baru tau maksud die apa..ingatkan memang die maksud kan ape benda die masak kah3!

"If you know what I'm up to?"

"If you know what I'm saying?"

It basically means 'If you know what's on my mind?'


haha saje nak share pasal quote The Rock untuk entry ni sebenarnya :)

Line leaf top Pictures, Images and Photos onion head Pictures, Images and Photos

Tuesday, April 22, 2014

Entry bersih sawang blog

Mak aih..lama betol x update blog. ish nk update apa pun xtau bile dah lama2 ni. bkn xde cerita tapi cerita berlori2 sebab lama sangat x update. haha..

btw, kehidupan seperti biasa. Masih di bumi Jengka. Bila nak tukar kerja?hati dan kemahuan dah xde untuk interview mana2 kerja. Putus asa?yee..maybe. Bile kite dah ade kerja yg kita rase boleh bertahan lama, sukar rase untuk melepaskan apatah lagi bila keadaan nya menyebabkan kita dekat dengan keluarga. Tiada yang memahami keadaan ni. Sampai masa aku pergi jugak..

kahwin?serius xtau bila. Cukup duit langsung lah, klu tidak jgn di soal kenapa. Mane ade org suka bertangguh hal2 kahwin. Jgn mendesak.

Lagi?
"emm..dap nye kerusi ni!"

Rindu ADEEB!!!!!!!!! (^_____^)
Line leaf top Pictures, Images and Photos onion head Pictures, Images and Photos