.
Konco-konco
Thursday, May 1, 2025
SEJARAH PIALA SUDIRMAN
Hai, sempena Piala Sudirman (PS) 2025 sedang berlangsung ni saya juga teringin nak tau asal usul wujud PS ni. Terbaca di FB ada yg berkongsi info dan saya berbesar hati untuk kongsikan di blog ni.
Sempena Piala Sudirman yang sedang berlangsung sekarang, ramai yang nak tahu siapa Sudirman yang dinamakan pada piala antarabangsa ini. Ada yang fikir ia sempena nama penyanyi Malaysia, Sudieman Hj Arshad. Ada pula sangka ia sempena nama seorang pahlawan tentera Indonesia, Gen Soedirman. Kedua-duanya salah.
Ramai tahu Piala Thomas dan Piala Uber. Piala Thomas dah berlangsung sejak 1930 hingga sekarang. Ia adalah piala yang dihadiahkan oleh Sir George Alan Thomas, bekas pemain terkenal England di era 1900. Piala itu diwujudkan atas inspirasi Piala Davis dalam sukan Tennis dan Piala Dunia FIFA (asalnya Jules Rimet Cup) untuk bolasepak. Awalnya Piala Thomas digelar sebagai. Malaya muncul juara 3 kali berturut-turut di 3 kejohanan pertama.
Piala Sudirman ini pula adalah sempena nama bekas pemain badminton Indonesia yang terkenal di era 40an, Dick Sudirman. Sudirman digelar Bapak Badminton Indonesia. Beliau juga adalah founder Persatuan Bulutangkis Seluruh Indonesia (PBSI) dan bekas Timbalan Presiden IBF (kini BWF). Beliau telah memainkan pernaan besar dalam menyatukan IBF dan WBF yang ketika itu berseteru. Kemudian IBF menyertai WBF dan kemudiannya menjadi BWF hingga hari ini.
Oleh kerana Piala Thomas dan Uber khusus untuk kejohanan berpasukan lelaki dan wanita maka Piala Sudirman adalah khusus untuk pasukan campuran. Kejohanan pertama Piala Sudirman adalah pada 1989 di Jakarta yang dimenangi oleh Indonesia.
Malaysia belum pernah menjuarai Piala Sudirman. Hanya mampu layak ke Semi Final sebanyak 3 kali dari 18 kejohanan dan hanya sekali mencapai tempat ketiga iaitu pada kejonanan lepas 2023 di China.
Sejak 2025, sebanyak 7 kejohanan ini dilaksanakan di China. Malaysia hanya jadi tuan rumah sekali sahaja pada 2013 dan gagal ke Semi Final.
Pencapain terbaik Malaysia di tiga kejohanan berpasukan dunia ialah:
Piala Thomas - Juara 5 kali, Naib Juara 9 kali.
Piala Uber - Juara 0, Naib Juara 0, Semi Final 0
Sudirman Cup - Juara 0, Naib Juara 0, Ketiga 1, Semi Final 3.
Dari rekod ini menunjukkan kelemahan Malaysia adalah pada skuad wanita sejak zaman berzaman. (Credited: Juka Nisir)
Piala ini dinamakan sempena nama Dick Sudirman iaitu bekas pemain Indonesia. Beliau juga merupakan pengasas Persatuan Badminton Seluruh Indonesia (PBSI). Kejohanan pertama berlangsung di Stadium Bung Karno, Jakarta, Indonesia pada 24-29 Mei 1989.
China merupakan pasukan paling berjaya untuk Piala Sudirman ini (12 gelaran), diikuti Korea Selatan (4 gelaran) dan Indonesia (1 gelaran). Piala ini tidak pernah diungguli oleh mana-mana negara bukan Asia, Denmark merupakan negara yang bukan negara Asia yang berjaya menjadi naib juara, iaitu Piala Sudirman 1999.(Credited : Muhammad Hafizuddin)
Harap perkongsian ni berguna❤️
Subscribe to:
Posts (Atom)