Tuesday, October 8, 2024

Cara Terminate Akaun Astro

Salam, aku langgan astro since 2019. Masa tu sebab nak beli TV baru so alang² langgan la astro. Disebabkan dah 2x TV LCD rosak, so kembalilah kami pakai TV petak balik. Rasa kurang feel la astro kat TV kotak. Lately siaran astro selalu terganggu kejap² gambar hilang. Last² terfikir nak terminate astro. Dulu rasa excited nak tengok HBO tau, tapi bila langgan takde apa best pun asyik movie lama duk ulang² tayang. Yang best pun bila ada reality TV macam Musikal Lawak Superstar, Gegar Vaganza, dan lain² tu pun bukan sepanjang tahun ada. So,aku search cara nak terminate. Macam² jumpa, kebanyakan complaint yg astro ni payah nak terminate macam² alasan. Kadang dorang drag sampai berbulan²..call customer service tak pernah angkat dan macam² lagi. Aku jumpa 1 blog ni suruh by call @ email. Jadi aku try email. Alhamdulillah pihak astro reply akan call dalam masa 72 jam. So aku tunggu sampai 4 hari masih takde orang astro call. Then, aku email la ayat pasar 'Not yet received any call from your side. Bila nak call?"...selang beberapa jam ada pihak astro staff perempuan call then tanya sikit² kenapa, and mengapa dan pengesahan maklumat sikit..after that dia kata dalam masa 24 jam akaun akan diterminate. To be safe aku tanya siap² in case dah tutup akaun nanti ada isu berbangkit tak kata ada tunggakan apa² la itu ini..staff tu cakap setakat ni akaun aku clean bersih takde tunggakan. Tak perlu jelaskan apa² bill dan piring serta decoder tak perlu pulangkan. So, kita tunggu la esok termination process. Untuk rujukan you all boleh taip email seperti di bawah ni. Selamat berjaya😆

Tuesday, January 30, 2024

Bayar Fidyah Online

Since ramai yg search macam mana nak bayar fidyah especially yg tinggal puasa sebab pregnant kan..aku nak share la pengalaman sendiri since dua² anak aku preggy bulan puasa. So, alkisah bermula anakk sulung 2016 tinggal puasa sebab baby kurang gerak, sebab kena minum air gula etc. Aku pun ganti je la puasa beberapa hari yg tinggal tu. Then dah 2023 baru aku tau ibu yg tinggal puasa sebab risau baby/diri sendiri perlu ganti puasa dan bayar fidyah. Jadi aku pun search la info. Alhamdulillah Melaka boleh bayar online memudahkan la kita tak perlu ke majlis agama atau baitulmal untuk bayar direct. So, Melaka pakai apps/web MalakaPay untuk bayar. Sedikit info ya, untuk puasa yg dah tinggal melangkau banyak tahun kadar dia kena darab dengan berapa tahun hingga tahun terkini. Contoh 2016 ke 2024 dah 7 tahun so kadar dia akan jadi mahal sikit lah RM2 X 3 hari X 7 tahun = RM42 (contohnya). Kali RM berapa tu bergantung pada setiap negeri. Kalau MelakaPay ni dia tolong kirakan so senang tak payah pening².. Orang Melaka boleh refer gambar ni untuk rujukan bayar fidyah online...(maaf gambar terabur sikit sebab repost pakai hp tapi korang akan paham kot..)