.

Konco-konco

Friday, May 21, 2021

Pengalaman Tukar Nama Geran Pemilikan Kenderaan / Kereta Musim PKP

 Assalam,

Salam 1 dunia,



Sementara ingat ni baiklah kita tulis sini kan sebagai perkongsian dan pengalaman. Sebab baru buat proses penukaran 3 hari lepas masih fresh ingatan. Kang kalau bulan depan baru post dah ke lautan dalam haha..!

OK saya akan kongsikan procedure penukaran nama hakmilik dari penjual kepada pembeli kereta which is saya ni sebagai pembeli. 

Mula2, sampai JPJ kami dimaklumkan JPJ tutup rehat tengahari 1-2pm dan diminta datang 1.30pm. Untuk makluman masa ni PKP 3.0 dilaksanakan di seluruh negara 12 Mei sehingga 6 Jun. 1.30pm datang balik ramai dah beratur d luar JPJ. Luckily lah saya ni pregnant jadi dapat fast lane. Dalam pukul 1.50 camtu semua yg beratur dipanggil beratur ikut giliran depan pintu JPJ (duduk di kerusi yang telah disusun jarak 1 meter). Then, JPJ bagi masuk had 25 orang ke 25 orang seterusnya. I am the first one entered huhu..


 

Borang JPJK3

Di kaunter pertanyaan, dia bagi borang tukar hak milik JPJK3. So just isi bahagian maklumat pembeli. Ini actually untuk penukaran biasa, disebabkan saya punya kereta yang nak beli ni ada upgrade enjin dari 1.3 ke 1.8 cc so perlu isi borang JPJK8 jugak untuk pindaan dalam geran baru nanti. Maklumkan kat kaunter pertanyaan tadi kalau tak, dia bagi borang yg 1 tadi je penukaran hakmilik JPJK3..derrr jadi 2 kerja nak kena isi balik que balik. 



Borang JPJK8



Make sure korang bawak roadtax kereta sekali ye sebab kaunter mintak dan ambik terus nanti. JPJ sekarang cashless, semua kena pakai kad bank harap maklum. Make sure bawak kad bank dan cukup baki duit dalam akaun.

Untuk penukaran hakmilik geran yang pergi asing2 dengan penjual, make sure penjual dah siap urusan dia belah sana (settle Thumb print). Macam saya ada gambar kat phone borang dia dah thumb print, standby takut JPJ tu nak tengok, tapi die tak mintak pun agaknya dah ada dalam rekod dia kot penjual dah thumb print 



Camni la slip dari pihak penjual lepas dia dah thumb print

 

So, bayaran untuk tukar hakmilik dan keluar geran baru tu RM100 sahaja. Kalau case macam saya yg upgrade enjin tadi semua dokumen PUSPAKOM pasal endorsement enjin semua pass kat kaunter JPJ tu. Make sure tunjuk..!!! jangan jadi cam aku, die tak mintak aku pun tak ler tunjuk dah tak pasal JPJ tu buat geran 1.3 ikut enjin asal. Tu aku kena 2x kerja isi pulak borang JPJK8 balik, que balik, pinda geran salah tadi balik, lagi rugi RM50 untuk print out balik geran baru....naya Pak Karimmm oi. Melalak laki aku bising hahaha..sape suruh tukar ke nama bini..mana la tau procedure dia..

Checklist :

IC ori

Roadtax Kereta

Borang Penukaran Hakmilik (ambik kat kaunter - JPJK3)

Borang JPJK8 (ambik kat kaunter kalau ada endorsed enjin cam aku) + bawak segala surat & dokumen PUSPAKOM untuk serah masa kat kaunter JPJ.

So, itu saja nak share. Urusan tu tak sampai 10 minit pun..kejap sangat. 

Harap dipermudahkan urusan...


Thursday, April 1, 2021

Unemployed

Hai..

Alhamdulillah..genap sebulan berhenti kerja..selepas 5 tahun berkhidmat. Aku diberhentikan kerja sebab masalah kewangan syarikat. Masih 4 bulan baki gaji belum dilangsaikan. Harap mereka dapat selesaikan sikit²..sebenarnya syarikat ni adalah milik bumiputera ditubuhkan sejak 1984 dan akhirnya sampai ke penghujung hayatnya untuk cuba survive. Bila pandemik melanda bertambah² la struggle untuk teruskan operasi. Sorang demi sorang mengundur diri...sedih tu sedih jugak sebab dah macam 1 family kat office tu nak² aku ni orang merantau tak banyak kenalan..


Banyak pengalaman pahit manis kerja di situ. Tapi rasanya tak banyak yang pahit, manis je banyak. 1 rezeki dapat kerja dekat dengan rumah walaupun gaji biasa² tapi kerjanya tak stress. Dalam tak diam walaupun dengan gaji banyak tu pun hasil titik peluh bekerja disitu banyak juga aku peroleh aset² selain bayar installment kereta sampai berbaki 2 tahun je lagi, barang² anak, perabot rumah, tak lupa barang kemas...Alhamdulillah...


Terima kasih untuk semua kawan² sekerja sepanjang 5 tahun di situ. Harap bertemu lagi. Baru selesai mohon PERKESO SIP online. Harap dipermudahkan..


Untuk mereka² yang senasib..bertabahlah. Ada rezeki ditempat lain inshaAllah..doakan perancangan untuk buka kedai mkn semula dipermudahkan...




 

Friday, March 12, 2021

Resepi Ayam Blackpepper Berkuah

Hai, salam PKPB 2.0..

Sekarang kes dah makin turun. Vaksin dah diperkenalkan dan disuntik fasa pertama kepada frontliner kita start 24 Febuari 2021 hari tu. Semoga dengan pengambilan vaksin ni dapat menghapuskan penularan wabak covid di Malaysia. Siapa yang belum daftar sila daftar di Mysejahtera ye, please uols..iols nak rentas negeri balik kampung..!!

So, berbalik kepada tajuk entry..actually nak share resepi ayam blackpepper yg easy peasy..berkuah ya. Orang tak pandai masak pun boleh cuba.


Bahan A :

Ayam 200gram (potong dadu)

1 sudu kecil blackpepper (tumbuk)

1 sudu tepung jagung

1 sudu sos tiram

1 sudu kicap cair

(gaul semua, perap sekejap)

sementara perap ni...sediakan bahan B untuk kuah.



 

Bahan B :

Lada hidup 1 batang (potong dadu)

Bawang besar 1 biji (potong dadu)

Bawang putih (cincang halus)

Halia 1 inci (hiris panjang2)

Lada hitam 2 sudu (tumbuk kasar)

Sos tiram 3 sudu besar

Kicap manis (renjis2 sikit buat penyedap rasa)

Bancuhan air tepung jagung sikit

Gula secukup rasa



Cara-cara :

 

Panaskan minyak. Goreng ayam yang diperap tadi sampai masak. Toskan dan angkat.


Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan halia sampai wangi. 
Masukkan sos tiram dan kicap dan sedikit air...masukkan juga lada hitam...perasa dengan gula sikit.

 


Masukkan bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah. Terpulang nak pekat mana. Kalau terpekat boleh tambah air untuk cairkan. Tapi kalau saya pekat2 la sedap huhu..

Bila dah pekat masukkan ayam goreng tadi..Lepas tu masukkan bawang besar dan lada hidup. Gaulkan seketika..

Siap untuk di ngappp....nyum3 confirm sedap terangkat..!

Selamat mencubaaaa.... ( ^____^ )v

Wednesday, March 3, 2021

Sesi Persekolahan 2021 Dibuka

 Alhamdulillah...akhirnya sekolah dibuka setelah sebulan PdPR sesi pembelajaran di rumah. Kerajaan telah umumkan sekolah dibuka semula berperingkat dari 1 Mac 2021 & 8 Mac 2021.

Untuk prasekolah, tahun 1 dan 2 start 1 Mac. Maka Orkid pun akan mulakan sesi tadika dia. New experience, new environment. Tentulah Mama sangat nervous dan risau. Sape la tak kenal budak jaguh meraung 1 kampung Nur Orkid Sophea ni haaa...kalau menangis achik rumah depan pun concern hahaha..sebenarnya tu salah 1 sebab aku pilih Tabika KEMAS yang agak tenang berbanding tadika lagi 1 yang tegang semacam takut Orkid tak sesuai. Kita pun tau la kan anak perangai macam mana. Kalau behave hantar je mana² tak kisah. Actually, awal tahun 2020 lagi Mama dah start nervous..melampau kan?? Haha...anak first biasalah. Bulan Julai 2020 dah daftar tadika, awal giler. Dari tahun lepas grooming Orkid pasal tadika untuk mind set dia nak ke sekolah. Start beli buku mewarna, buku tulis, pensel, kaler, crayon dari 3 tahun..Alhamdulillah 4 tahun dah mahir pegang pensel. So, ibu² yang baru ajar anak pegang pensel 3 hari jangan nak meroyan bising anak lambat pandai(baca kat fb), iols pun setahun kot praktis kuatkan tangan anak.


So, 28 Feb..tukar rutin tidur Orkid. 10pm masuk tidur. Esok 1 Mac 6 pagi dia terkebil² bangun sendiri. Mama happy huhu..bangga kejap. Tak nangis. Mandi elok. Siap elok. Bekpes roti dengan susu before pergi sekolah. Sampai tadika 8 pagi. Cikgu sambut depan pintu...Orkid good, tak nangis. Alhamdulillah. Mama balik senang hati. 

 



Tengahari 12pm sharp jemput dia. Dah start merengek panggil Mama sebab nampak parents lain dah sampai hehehehe...dia ada la cerita nangis sikit kat tadika sebab rindu Mama. Tapi takpe tengah biasakan diri kdiri



 settle 1st day 



Second day 


3rd day 

Semoga Orkid istiqomah dalam menuntut ilmu. Diterangkan hati, dilapangkan dada, cerdik dan cerdas..berjaya dalam pelajaran dan kerjaya. Cerah masa depan. Aminnnn🤲


  

 
 




Wednesday, February 24, 2021

Gulai Lemak Sardin Simple Sedap

 Salam sejahtera,

Nak share resepi masak lemak sardin. Resepi dia simple je. Malahan bahan pun senang. Just pakai santan kotak. Tapi saya buat pekat, kuah sikit. So, memang padu la rasa dia. Tak tambah air banyak.

 
 
Bahan: 

Sardin 1 tin besar @ 2 tin kecik

1 kotak kecik santan kara 

Bawang besar - hiris

Daun kunyit - carik 

Kentang 2@3 biji - potong 4

Asam keping 

Garam 

Gula 


Bahan tumbuk:

Cili padi 8 biji 

Kunyit hidup 1 inci (kalau takde pakai serbuk kunyit je sikit)

Cara-cara: 

1. Panaskan sikit minyak masak. Tumis bawang. Dah naik bau, masukkan bahan tumbuk. Kacau².

2. Masukkan santan dan kentang. Api perlahan supaya santan tak cepat pecah. Sampai mendidih. Masukkan daun kunyit, asam keping, ikan sardin sekali kuah...kemudian perasa dengan gula&garam.

3. Masak seketika sampai kentang lembut..boleh la tutup api. Sedia dihidangkan.


Selamat mencuba..confirm terangkat!

Saturday, February 6, 2021

Entry 2021

 Alhamdulillah,

Dah masuk tahun baru 2021. Pembukaan 2021 dengan musim banjir di seluruh negara dan kes Covid yang tak turun2. Plan nak balik Jengka pun terbantut dek kerana banjir teruk di Pahang dan jalan banyak tutup tenggelam dek banjir. Hampir² tragedi bah besar 2014 dulu.

 



Semalam 5 Febuari, genap umur aku 33 tahun. Bertambah lagi usia. Sambut birthday ala kadar dalam musim Covid ni. Celebrate kat office je..balik rumah hubby bagi surprise delivery dengan durian yang dah seminggu mengidam.





 For pregnancy journey pulak dah masuk 18 minggu. Buka buku pink masa 10 minggu hari tu. Harap baby baik2 saja. Almaklum la masih belum dapat rasa gerakan baby, so agak risau tak tau keadaan dia ok ke tak kat dalam tu.
 

 
Doakan baby sihat walafiat ye sampai la full term.
Masa anak first takde ngidam apa2 sangat. So, kali ni asal teringin je terus buli husband suruh cari hehehe...balas dendam.
 

Sampai sini dulu..nanti kita up lagi.

Stay safe. Stay at home. Kes Covid tinggi sekarang. Bertabahlah rakyat Malaysia. Harap boleh beraya di kampung tahun ni...aminnn.