Wednesday, June 20, 2018

Ramadhan dan Aidilfitri 2018 - Pahang - Negeri Sembilan - Melaka

Salam sejahtera semua...๐Ÿ’•SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜


Entry puasa x sempat langsung nak post tahun ni..by the way tahun ni puasa much much happy than last year๐Ÿ˜ƒ. Even tahun ni dah takde mak mertua, tapi happy dari sudut lain. Contohnya, 3 minggu berpuasa tiap weekend kami keluar jalan2 Expo raya kat Klebang, MITC, KIPMART dan berbuka puasa kat luar (Tapau kat bazar makan kat dalam kereta @ Dataran 1 Malaysia Klebang etc). Boleh kata aku ni puas la berjalan time puasa tengok suasana orang bershoping raya which is my favorite part time bulan puasa.
berbuka kat wakaf Dataran 1 Malaysia Klebang, Melaka
Last year tak berjalan sangat, banyak terperap kat rumah sendu lembab stokin je rasa haha. Masa balik sambut puasa hari tu kami siap beli pelita buluh tambah lagi 6 batang, org nak kate awal sangat pun lantak la beli. Tahun lepas masa balik sambut puasa 1 pcs RM1.50, bila balik raya jadi RM2.50/pcs tu sebab tahun ni beli awal, itu pun naik harga RM1.99/pcs tahun ni. Meriah laman 12 batang pasang masa 2 minggu sebelum raya kat rumah Alor Gajah.


Basuh baju raya before balik kampung
Alhamdulillah baju raya settle seawal puasa minggu ke-2 yang mana membuatkan aku tenang je takde serabut2 last minit baru nak cari baju raya. Aku beli online. Orkid pulak beli kat kedai baju kt Pekan Alor Gajah je. Tema kami tahun ni BIRU. Orkid kebaya biru aku kurung biru kain licin. Raya ke-2 aku beli blouse merah kat TESCO Cheng masa cuti vesak 29 Mei(time ni Orkid hantar kat pengasuh so aku dapat la sehari Me Time). Orkid pulak aku belikan gaun kembang merah kat online untuk raya ke-2, seminggu sebelum balik raya sampai baju nya. Alhamdulillah..cuma baju hubby je beli kat Temerloh sekali dengan abang aku sedondon Kurta Raihan warna biru.



Tahun ni company sponsor staff office berbuka puasa kat kedai Arab cuisine Bukit Katil, buffet Ramadhan. Aku bawak Orkid. Orkid behave, makan minum banyak..good girl.

Sambut puasa 17 Mei macam biasa Melaka dapat cuti. 1st puasa Khamis, so aku apply cuti Jumaat untuk sambut puasa kat Pahang. Tahun ni, Husna dengan Kak Lang tak dapat join balik. Husna suami tak cuti, Kak Lang pulak ade kelas kena hantar report projek akhir tahun dia. So, aku, hubby, Mama, Abah, Orkid je la sambut puasa kat Jengka dengan Abang and Pakcu Maksu kat sana. Seronok juga, cuma hubby aku la jadi chef masak berbuka haha sebab master Chef Kak Lang tak balik.


Ok kita cerita pasal raya pulak..
Balik Pahang 12 Jun Selasa lepas kerja..6.45pm gerak dari Alor Gajah. Sampai Temerloh dalam pukul 10.30pm. Kereta belum banyak lagi. Perjalanan lancar. Rabu ke Temerloh dengan abang dan Kak Lang nak beli barang kering/masak untuk hari raya. Cari baju raya hubby dengan abang sekali. Pastu beli kasut raya Orkid. Settle.

Hari Mantai, bermula peperangan di dapur. Buat lemang warna-warni? idea Pak Usu...so tahun ni kita berlemang hipster yawww..
Proses mewarna beras pulut lemang

Prepare buluh lemang
Ni hasilnya lemang warna-warni
Boleh pulak kawan2 masjid abah datang "lemang kaler2??! warna biru takde ke??" berbaur politik amat haha๐Ÿ˜‚




rendang daging 3 kilo. Rendang ayam pencen 4 ekor. Nasi impit, kuah kacang. Last minute request dari ahli dapur ikan bakar dan ayam bakar dari hubby aku..so membakar la dalam oven untuk menu berbuka puasa last day. Alhamdulillah sedap pohpaleh wehh..licin ayam sekor.


Ucu tengah jaga api lemang
Sampai malam bakar lemang



Proses memasukkan daun pisang dalam buluh dan memerah santan
Raya Pertama : Pagi kita sambut tetamu kat rumah. Layan tetamu tak ke mana2. Lepas zohor, kita tutup pintu dah haha...nk pergi beraya rumah Alang Pie kat Jengka 17 (Adik Mama). J17 ada 2 biji rumah selain rumah Alang pergi jugak rumah Kak Ngah Ctah (sepupu) dengan Abg Pojie (husband dia). Lepas J17, langsung ke Jengka 16 rumah sepupu hubby (Nabila)..dia kawen dengan orang Jengka 16. Lepastu baru balik sebab hari dah gelap...esok pulak sambung beraya.
Group abang
Group kanak2 riang..si kinting tu kan sibuk nyelit makan nasi impit tengah2 tu melayan tetamu. Ingat kawan die la tu..bila bebudak yg beraya tu balik meraung.

Macam rare jugak la gambar ni. Never in my life raya pertama bergambar dengan lemang
Family potrait



Jengka 17 @ Rumah Abang Pojie


Rumah jiran Cik Saniah dan arwah Cik Mat Nayan


Jengka 17 @ Rumah Alang Pie


Jengka 16 @ Rumah Nabila cousin husband

Raya Kedua: Tema Merah. Hari ni misi beraya di Jerantut dan Temerloh. Jerantut rumah mertua Pak Usu. Lepas tu gerak ke Temerloh, Kampung Padang Lalang rumah Pak Ngah (Adik Mama). Lama sangat tak jumpa. Kemudian ke rumah Alang Zaini (ni family bekas adik ipar Mama, mak saudara Kak Ngah Ctah) kat Kampung Pangsenam tak jauh pun dari Padang Lalang tadi...last rumah untuk raya ke-2.
Jerantut @ Rumah mertua Ucu Pari

Padang Lalang Kerayong @ Rumah Pak Ngah



Raya Ketiga: Kita beraya ke Mentakab je..Rumah Kak Ngah Ctah, dia ada masak2. Hari ni 1 rumah je..pastu balik hari dah gelap. Husna dengan Alif balik lewat malam ke Ampang. Kurang 1 group dah pulang ke sarang. Sebelum diorang balik kami 1 keluarga keluar makan kat jalan masuk highway Chenor, Mama belanja. Macam ngeteh la jugak sebab masa balik dari Mentakab tadi tak jadi singgah ngeteh..qadak balik.
Mentakab @ Rumah Kak Ngah Sitah


Gemar betul sarung kasut orang..habbit!
Ngeteh sebelum Husna balik Ampang


Raya Keempat: Turn aku dengan Kak Lang pulak nak pulang ke sarang. Sebelum balik ke destinasi masing2, kami beraya ke Negeri Sembilan dulu. Kak Lang bawak Mama Abah 1 kereta dan akan balik ke Port Dickson hantar Mama Abah sebelum balik ke Putrajaya. Aku lak balik Alor Gajah. So, rumah pertama haruslah rumah Mak Tua (Mak Long)kakak abah @ Kampung Melayu Panchor, Seremban. Borak panjang dengan Mak Tua sebab lama tak jumpa. Lepas tu ke rumah Pak Ngah kat Senawang. Kemudian bergegas ke rumah Pak Anjang kat Rembau. Then, baru la kami bergerak ke haluan berasingan balik ke destinasi masing2.
Rembau @ Rumah Pak Anjang


Senawang @ Rumah Pak Ngah




Balik rumah..kemas2 apa patut..fius rumah tendang oi, habis ayam ikan busuk dalam peti 1 rumah bau bangkai..alahai takde rezeki.

Esoknya aku sorang je datang office yang lain masih mood holiday kah3. Tuesday blues betul..!

apa2 pun raya tahun ni memang puas berjalan berbanding tahun sebelum ni kami banyak jadi tuan rumah je x kemana2, tak maximize kan hari raya untuk ziarah saudara mara. Alhamdulillah..panjang umur jumpa lagi Ramadhan dan Syawal tahun depan.

Weekend ni kakak balik dari perak ke Port Dickson. So, kita sambung gathering and beraya kat PD pulak yeay!!! buat BBQ ke mandi laut ke kannnnnn...


SELAMAT HARI RAYA DARI KAMI SEKELUARGA, KAMI MENYUSUN SEPULUH JARI ANDAI ADA TERKASAR BAHASA MENGGURIS HATI. SALAM 0-0