Tuesday, December 5, 2017

Baby Orkid Can Walk

Hello,

Assalam,
Lama tak update pasal Orkid. Bulan lepas 17.11.2017 Orkid dah boleh jalan. Memang dalam jangkaan aku la dia boleh berjalan masa 13 bulan lebih sebab dia prem tengok pada perkembangan lewat sebulan lebih dari baby fullterm. Yeay happy sangat Mama ni dik! Memang tertunggu-tunggu nak tengok die berjalan. Comellll sangat!




Wednesday, October 4, 2017

Nur Orkid Sophea 1 Year Old Birthday

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi 29.09.2017 genap setahun anak kesayangan Mama Nur Orkid Sophea💟

Celebration tak buat sangat sebab baru seminggu Mak Mertua Patimah Binti Jonid a.k.a Nenek Orkid pergi menghadap Ilahi. Arwah sangat sayang dengan Orkid. Dalam sakit-sakit pun menyebut2 nama Orkid. Tapi bagi aku, redha dengan pemergian dia sebab dah lama dia tanggung sakit tu...Al-Fatihah.

Semalam 3.10.2017 boleh aku terlepas pandang appointment Orkid 1 tahun. Nasib la sedar nak pergi cek date dalam buku pink kat kereta masa kat office. Jam pun dah pukul 10 lebih semalam..cepat2 isi borang pass keluar then pick up Orkid dekat rumah pengasuh pergi KKIA. Alhamdulillah si comel Mama ni kuat, nangis kejap je kena cucuk. Buat Mama lagi happy, berat Orkid naik banyak sikit bulan ni. Bulan lepas 6.22kg timbang setahun ni 6.74 kg (naik dalam 520gram)💪, kebiasaan check up pantau berat 2 bulan sekali naik 200gram je which mean 100gram per month but bulan ni 520gram in a month. Impressive. Dah lama tak naik banyak since Orkid 5 bulan tak silap. Duduk line kuning memanjang. Dapat Nurse sorang tu habis membebel je berat tak cantik🙍. Tp kali ni dapat die jugak dah x bebel sangat cm dulu. Alhamdulillah check up beberapa bulan lepas tak dapat Nurse ni 😂

Birthday Orkid Mama tempah hadiah bantal customade khas untuk Orkid. Junior Mama buatkan. Puas hati..cantik!😍😍😍

Kek Mama beli kecik je..tu pun tak habis haha..😄

👶Nur Orkid Sophea..Mama doakan Orkid sentiasa sihat..berjaya dunia akhirat..murah rezeki..jadi anak solehah..penyejuk hati Mama Babah..Pandai bijak...sopan berbudi bahasa..jadi contoh kat adik-adik kalau ada adik-adik nanti..Jaga Mama Babah bila dah tua nanti..mudah segala urusan Orkid kat dunia dan akhirat..belajar pandai2 masuk Universiti, dapat kerja bagus hebat..tapi masih tidak mendongak ke langit..jadi pemurah..aminnnnYa Rabbal'alaminnn...



Thursday, September 7, 2017

My Baby Orkid 10 & 11 Months

Hai everyone!

Alhamdulillah..Orkid masa 10 bulan banyak benda dia dapat. Termasuk la demam panas cirit birit. Agaknya sebab nak dapat akal baru kot orang tua-tua kata. 10 bulan die pandai dah merangkak..memanjat...meniti meja kerusi..duduk tanpa bantuan..seronok sangat Mama! 4 terus skil dia dapat..Alhamdulillah. Gigi tumbuh 2 batang😁! oh lagi 1! Die pandai nakal tauuu...ajuk orang nangis. Hari tu raya haji di Jengka, dibantainya ajuk Auni tengah nangis (Auni 3 bulan lebih)..nganga mulut sambil tiru cam Auni jerit..adohai ketawa keluar air mata Mama tengok😂😂😂. Sian Auni Auntie Yaya ketawa pulak time die nangis buat dek Orkid..😂😂

Meniti meja

Ni first time tengok dia merangkak laju..masa dekat rumah Lukut Port Dickson. Rupanya die tunggu nak tunjuk skill depan Atok dengan Opah Mama..!

Mandi laut dekat Tanjung Biru Port Dickson raya haji baru ni sebelum balik Melaka..dah pandai duduk sendiri.

Mengemas barang atas meja



29.08.17 saya genap 11 bulan. Pergi check up untuk pantau timbang berat badan Orkid. Sebab die kecik. Alhamdulillah 6.22Kg dari 5.85kg 9 bulan. Lepas jugak cecah 6 kilo setelah sekian menanti. Tapi still line kuning. Nurse suruh usaha naikkan line putih, but BMI line putih.


Tuesday, August 15, 2017

1st Experience Naik Mass Rapid Transit

Horey!

Disebabkan start 1 Ogos office aku tak payah masuk Sabtu..maka dengan excited nya aku pun start la plan nak jalan sana sini memanfaatkan cuti 2 hari seminggu.

So last week..plan berjalan lancar. Pergi rumah adik dekat Ampang. Petang Sabtu. Abah turunkan aku, Orkid, Adik aku, anak die baby Auni dekat station MRT Kajang sebab aku nak sangattt naik MRT. Tambahan lagi PM announce 50% discount tambang MRT, LRT, KTM sampai 31 Ogos ni sempena Merdeka. Tambang dari Kajang ke Maluri RM1.90 dewasa. Baby kami free. Turun Maluri sebab tu transit interchange ke Ampang line. Nanti kat Maluri naik LRT laluan Sg.Buloh ke Ampang. Tambang RM1.10 dewasa..maybe harga ni dah 50% diskaun kot..xtau harga sebenar. Dalam MRT tu luas..then, Kajang ni station hujung so lapang la tak penuh orang..ada mak cik2 bawak anak2 naik MRT..dorang pun 1st time jugak kot sebab tangkap gambar excited mcm kami..huhu!

Lama sangat x naik LRT@KTM@Monorail since dah habis belajar (dulu belajar kat UITM PJ hostel Klang Lama) balik kampung kat Terminal Pekeliling so selalu naik monorail @ LRT (KL Sentral - Titiwangsa).

10 Month & Half Years Old Baby Orkid

Hai..

Baru ni 12-13 Ogos..baru aku perasan masa Orkid menangis die sebut "Mamamamamama..." sambil menggumam.
Berbunga-bunga hati aku dengar...alahai comelnya..dah pandai panggil Mama. For me this is the first word dari Orkid yang betul die mengerti selain bahasa2 baby yg lain..

Love you Orkid..
My little flower!

Social Media Menyuramkan Dunia Blogger..

Hai,

Serius cakap sedih...makin ramai blogger dah tak aktif blogging.

Malahan blog-blog diorang semua bersawang..2 years ago...1 years ago...6 months ago...

Maka list blog walking aku pun makin pendek setelah di tapis-tapis blog yang dah bertahun tak aktif...

Blogger seangkatan kebanyakkan dah tak blogging...

My friend...my favorite blogger...dan lain-lain.

Semua angkara social media instagram, facebook, twitter dan seantero dengannya...

My blog walking become limited...

I will make sure my blog is active as long as my blog x corrupt @ hacked by someone..


isk...isk...isk... :(

Luahan si blogger~~

Tuesday, August 1, 2017

Orkid 10 Months

29.07.2017

10 bulan dah Nur Orkid Sophea saya..

2 batang gigi bawah dah tunjuk bayang nak keluar..
Orkid dah pandai pegang2 kerusi meja nak berdiri capai apa ada..pastu jatuh tergolek sebab Orkid duduk & merangkak pun belum reti lagi..but bontot dah angkat2 mcm nk merangkak tapi kaki x bergerak..takpe..take your time si comel..

 Dah x bole lepa sangat tinggalkan sorg2..takut jatuh x pun die dapat ambik brg2 yg x sepatutnya...


Saturday, June 3, 2017

8 Months Orkid

Alhamdulillah..

29.06.2017 @ 3 Ramadhan baru ni Orkid dah 8 bulan.
Timbang berat 8 bulan 30 Mei..berat tak memberangsangkan..nurse doc bising.
Doc "halus je ye 8 bulan..ouhhh patut la ex-prem 34w..."
'ouhhh patutlah'...tapi budak tu halus bising pulak..x paham.

hehe..yang paling best, 27.05.2017 Sabtu kat Jengka perasan Orkid dah pandai menyusur ke hadapan. 1 perkembangan daripada meniarap..happy. Dia guna dua2 belah tangan untuk tarik badan ke depam ahaksss... :P

Ouh...aah, balik Jengka 1st Ramashan..sambut dengan family kat Jengka. Rinduuuu sangat nak berkumpul buka puasa. Maka ambil la kesempatan dapat cuti 1st Ramadhan balik kampung. Kakak pun balik Pahang tu buat lagi seronok..

But unfortunately, cuaca sangat panas. Orkid demam kat Jengka..sampai lah hari Isnin petang dh di Melaka naik ruam panas 1 badan dengan muka. Pengasuh dengan Mak Mertua dah heboh cakap campak. Pagi selasa bawak pergi klinik mujur la doktor cakap bukan campak..just alergic pada panas. Dapat ubat demam dengan ubat sapu..demam nya dah xde, 2 hari sapu dah elok...Alhamdulillah..

Ok la..nak balik..hari ni half day. Nak pergi ambil Orkid.

Thank you..see ya

Thursday, April 20, 2017

Baby Orkid say hi

Hai..

Alhamdulillah..baby Orkid sudah 6 bulan setengah. Baru pandai meniarap. Masa check up 1hb Mac 5 bulan depan nurse dia xpandai apa2..esoknya kat rumah baru nak tunjuk skill meniarap..saje je kan adik ni.

..mulut dah pandai bebel..sembur2 air liur. 

Tidur bukan main lasak. Pernah 1 malam pukul 3-4 pagi dia meniarap dalam gelap nak masuk bawah kerusi. Satu malam lagi meniarap nak masuk bawah meja..tu belum lagi berpusing 360° kepala kat kaki mama...


Baby Orkid tak cukup bulan..berat dia kurang sikit dari baby yg normal. Untuk 6 bulan beratnya baru 5.2kg..hihi kecik comel je.

10.6.2017 first day Orkid take food solid..buatkan dia puree epal..tapi manis lot Orkid tak suke sangat.

So, setakat ni dulu..baby Orkid bakal muncul lagi..tata


Wednesday, April 19, 2017

2017 - Entry

Assalam..

Salam 1 Malaysia..


Hai all..

Thank you those yang visiting @ blog walking to my blog.

Sorry lately dah kurang share anything because my life macam mendatar sikit sekarang lepas dah ada baby so on...well you know, pergi kerja, hantar anak, balik kerja, ambik anak begitu la seharian...haha..sekarang tak ligat macam masa bujang dulu ke sana ke sini, dah ada commitment kan.

Maybe lepas ni banyak entry experience as new mom pulak kot nampak gayenya..

Ok, see ya~~~

Tuesday, January 17, 2017

My Baby Born on 29.9.2016

29.9.2016

Detik bersejarah dalam hidup aku bila hadirnya cahaya mata yang comel Puteri buah hati pengarang jantung aku 👶Nur Orkid Sophea🌸.

Lahir x cukup bulan @ 34w3d. 29 September @8.24pm🕣. Lahir secara induced💉💊 macam yang diceritakan dalam entry sebelum ni My Pregnancy Journey Part V
My Pregnancy Journey Part V: KETUBAN LEAKING-INDUCE-ALMOST EMERGENCY CEASER

Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef
My Pregnancy Journey Part V: KETUBAN LEAKING-INDUCE-ALMOST EMERGENCY CEASER

Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef
My Pregnancy Journey Part V: KETUBAN LEAKING-INDUCE-ALMOST EMERGENCY CEASER

Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef
My Pregnancy Journey Part V: KETUBAN LEAKING-INDUCE-ALMOST EMERGENCY CEASER

Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef
My Pregnancy Journey Part V: KETUBAN LEAKING-INDUCE-ALMOST EMERGENCY CEASER

Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef
first time balik Pahang @ berpantang


👶Baby Orkid pelengkap hidup mama and babah👪 huhu..

Semoga 🌸Orkid sihat membesar, menjadi anak yang solehah, mendengar kata mama abah, cerdik pintar buat keputusan, genius dalam pelajaran📚📐📝, berjaya masuk universiti📜, berjaya dalam pelajaran dan kerja. Mama nak Orkid jadi pendidik, 📏📘Cikgu@Lecturer, tapi tengok minat Orkid jugak nanti. Mama taknak Orkid takde cita2 spesifik macam mama then nanti terus celaru laluan nak mencapai cita2. biar fokus pada cita2 yang 1. Mama akan guide Orkid in shaa Allah. Jadi la insan yg berjaya dalam keluarga, menjadi contoh tauladan pada orang sekeliling dan keluarga.

aminnn..now Orkid dah pandai senyum dan berborak. Pipi dah bam bam. Rase nak gigit je bile die ajak borak. Pastu dah start main buih kat air liur. Sayang Orkid!



Buang Sawang Blog


 Heh Heh💁💁

Assalam,

Adoiyai..busy bebenor yak since dah start keja cuti dah habis💢.
Entry lepas 👶baby keluar pun xde 1 pun lagi huhuhuhu.
👀Pejam celik dah sebulan lebih kerja lepas habis cuti bersalin.
My baby boo pun dah 3 months half. Bam bam dah.

Ok till we meet again. Entry pasal my baby will come out later.
See ya~👪💖