Friday, February 19, 2016

Experience Renew Lesen Di myEg!

 Assalam,

I wanna share my experienced with myEg website. Ni kali ke-2 aku hadap masalah guna web myEg. 1st bad experience masa nak try renew Insurance and roadtax kereta. Refer entry sebelum ni kat sini ------
Pengalaman Renew Insurance dan Roadtax via MyEg

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
http://tnh-toon.blogspot.my/2015/12/pengalaman-renew-insurance-dan-roadtax.html

Kali ni pulak problem nak renew lesen Sabtu lepas sebelah malam 13/2/2016 setelah baru perasan seminggu lesen mati mase hari birthday. Fikir susah nak ke post office/JPJ sebab malas ambik cuti memandangkan aku baru je masuk keje kt tempat baru tu, so tu saje try online. Kalau tau MITC Melaka bukak Sabtu-Ahad 8 pagi-8 malam dah lama aku tak buat online ni, hubby la inform lambat.

First aku masuk la web myEg, klik pada bahagian Pembaharuan Lesen Kenderaan tak silap. Then isi info die nak macam tarikh mati lesen, nak renew berapa tahun dan lain-lain. After that proceed pembayaran, aku pun bayar pakai Maybank2u online banking, renew 2 tahun plus penghantaran dalam RM98++. Dah tolak dalam akaun. Proceed next page....Loading dengan pesanan 'Jangan tutup @refresh page' selagi loading to next page x selesai...tunggu punye tunggu keluar page error. So aku refresh lah still page tadi keluar...

What?? Tak kan lesap duit aku woiii....berasap la kepala asyik problem je berurusan dengan myEg....then sepantas kilat aku email helpdesk myEg. Esoknya Ahad pagi helpdesk reply my email mintak Nama dan IC dan jumlah. Ade staff sane keje Ahad GOOD. Terus aku email details. Then, they said aku punye pembayaran berjaya dan dilampirkan resit pembayaran. So, that aku suruh proceed je untuk delivery.

Isnin lesen aku sampai...tapi malangnya bukan seperti yang aku harapkan. Untuk makluman semua, renew di myEg lesen anda hanya berbentuk seperti lesen lama lesen yg di-liminated tanpa gambar. Aku mula2 blur, aik???betul ke lesen ni, ke aku kene bwk pegi collect kat mana2 macam slip la konon nya parcel yg aku terima tu. Then, untuk kepastian aku call helpdesk.

Aku: Helo, saya nak tanya saya ada renew lesen di myEg then saya dah terima tapi dalam bentuk liminated, betul ke ni lesen atau saya kene collect kat mane2?
Helpdesk: Boleh mintak IC cik untuk semakan...
Aku: (nak semak ape lagi aku dh dpt pun lesen nye...) ---
Helpdesk: Ye cik, saya semak lesen cik berjaya blablabla
Aku: (terus aku potong...) tak...saya dah terima parcel pun saya cuma nak tanya ni lesen ke slip ke ape..nape bukan dalam bentuk lesen baru macam IC tu?
Helpdesk: Ouh kalau renew dengan myEg mmg dpt lesen tanpa gambar. Kalau bergambar tu kene pergi JPJ.
-END CALL-

fineee! Tak tau pulak lain. Kalau tau buruk xde aku nk renew online. Kenapa nak beza2 pulak adoi laaa! Itu xpe lagi, yg lagi aku x puas hati lesen yg aku dapat ni siap comot2 kene ink biru ape jadah ntah dalam liminated film atas permukaan lesen tu belah dalam yg aku xboleh nk padam atau buat apa2 bagi hilang, aku email complain 2 kali xde respon hampeh....

VERY FRUST DENGAN QUALITY LESEN myEG!

tengok la...

P/s : Tak payah kecam..ni aku share pasal kualiti lesen yg aku terima. Tak kisah sangat pasal lesen liminated xde gambar tu yg aku kesah sgt lesen die comot..itu saje. Korang nk renew via Myeg just go on.

Alamatnya nak tunggu lesen cantik lagi dua tahun lah!

Pengalaman Renew Insurance dan Roadtax via MyEg

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
Pengalaman Renew Insurance dan Roadtax via MyEg

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzu

Sunday, February 14, 2016

Cameron Highlands Trip 30-31 Jan 2016

 Assalam,

Hai, lama nak post entry ni tapi bz pulak.

28 Jan  lepas asalnya nak balik Pahang. Tapi tiba2 buat gila terus ke Perak dari Melaka. Ke Teluk Intan rumah kakak sebab minggu lepas Abah dengan Kak Lang ajak pergi Cameron Sabtu dan Ahad 30-31hb. Kak Lang nak pergi Hotel Brinchang tempat kerja lama die saje melawat.

28 tu gerak dari Melaka, sampai dalam pukul 1 pagi kot kt Teluk Intan. Adeeb dengan Memey dah tido. Sampai terus tido. Esoknya 29hb duduk rumah je, petang baru keluar jalan2 pekan Teluk Intan.

Malam pukul 8 lebih baru Kak Lang, Abah Mama sampai. Suprised! Si Bulat dengan Mak Cu pun ikut yeay! Ucu lak Sabtu pagi naik Cameron ikut Jerantut-Lipis-Raub.


Sbtu pukul 10 gerak ke Cameron. Sampai dalam tengah hari. Cari hotel, kebanyakan nye penuh sebab weekend kan. Konon Kak Lang ingat x ramai org sebab seminggu sebelum Chinese New Year. Naik2 atas crowded Brinchang, hotel banyak bilik full tinggal yg mahal je. Jalan pun sesak macam cuti sekolah pulak sesaknye. Mula2 ingat nak tido resort aku dengan Apis stay 2 minggu lepas kat area E-resort/Copthorne tapi keling yg incharge tu kat bawah kate RM190, bila sampai atas harga jadi lain naik RM280. Terus cancel! Last2 decide Kak Lang decide tong-tong duit stay kat apartment Star Regency Hotel (RM318/nite)..ok la ruang tamu besar, ada due bilik, ada dapur. Kak lang ucu abah mama pernah stay situ before this katenya. Seronok sangat Adeeb dengan anak ucu si Bulat tu main kat balkoni sejuk...memang sejuk weiii angin bertiup tingkat 3!
Uncle Apis dgn Memey

Me and Memey

Si Bulat and Adeeb

Tempat gosok baju Hotel Star Ragency

Balcony Star Regency Level 3

Layan angin sejukkkk

Loby Hotel


Atok dengan Memey




Petang Sabtu rehat je kat bilik, sbb nk jalan2 banyak tempat dah tutup selalunya, petang tu Kak Lang, Adeeb, Aku and hubby pergi Tanah Rata tapaw makanan...di sebabkan nk jimat cancel bungkus nasi goreng sebab kira2 budget RM60 tapi kalau tapau nasi putih 10, tom yam 2 org mkn, telur dadar, sayur baru RM40 haha ok la tu! Kenyang perut siap extra nasik ada.

Yg paling best nye timing pergi kali ni dapat pergi pasar malam Brinchang..paling excited Encik Hubby la sebab xpernah pergi sebab kitorg 2x pergi hari tu weekdays. Pasar malam Brinchang only held on Jumaat-Sabtu huhu...kitorang banyak shoping makanan je haha...

Ahad pagi pukul 10 pagi check out. 1st tempat kitorg pergi Ladang Teh Sungai Palas. Niat di hati nak bawak Mak Cu jalan2 banyak tempat lagi. Tapi keadaan  mengizinkan sebab si bulat Haziq demam sebab tak tahan sejuk kot. Dapat pekena air kejap je kat situ. X sempat pun nak bawak dorg duduk kat balkoni luar hujung restaurant Sungai Palas tu. Haziq dah menangis2.

After that, masing2 rushing nak balik. Janji dengan kak lang and ucu jumpe kat pasar Kea Farm (tempat org jual sayur and hasil2 tanaman tu...tempat penyebab jem sesak haha)..tapi kak lang terpegi pasar belah bawah sane jalan die on de way balik Tapah...sedihnye x dpt jumpe Adeeb dengan Memey bagi good bye kiss.xpela.

Aku dengan Ucu konvoi balik Pahang ikut Lipis. Before turun kami singgah makan kat Tanah Rata. Singgah Pahang ambik kain baju yg tertinggal. Ucu singgah rumah Pak Mertua die kat Jerantut. Aku and hubby teruskan perjalanan ke Jengka. Then, dalam pukul 8 lebih bertolak gerak Melaka sebab Isnin esoknya kena lapor diri tempat kerja baru. I am so happy with this short vacation sebab dah berapa lama x bercuti 1 family kannnn!

Line leaf top Pictures, Images and Photos  onion head Pictures, Images and Photos

Sayonara Pahang...Hai Alor Gajah :(

 Assalamu'alaikum dan hai,

Lama x update. Lately quite busy life baru hehe...
19.01.2016 officially aku resign kerja dekat Bandar Jengka..sedih sayu segala rasa ada mana tidaknye pejam celik dah 3 tahun aku kerja sana duduk dengan Kak Lang..tapi nak buat macam mana, dah sampai seru aku duduk dengan Encik Husband kan, asyik bertangguh nak pindah. Lagi pun agak costing aku nak berulang-alik Pahang-Melaka-Pahang untuk cari kerja @ interview.


Alhamdulillah..dah 2 minggu lebih aku duduk Melaka. So far so good la. Rezeki kerja pulak datang after 2 weeks berhenti dapat call lapor diri 1 Febuari dekat Kilang sekitar kawasan perindustrian Alor Gajah. Sebagai apa?? Sales Koordinator..mampus aku masuk line sales pulak dah..merangkak-rangkak la nak belajar 1 habuk tak tau ape haha...Masa 1-4 hari aku hilang selera makan sebab nak adapt tempat baru. Mujur ada Encik Hubby temankan hantar ambik pergi kerja, aku memang perlukan teman or orang yang support di saat aku berasa sangat2 asing kat tempat baru feeuuuwwwwh!!!

 Aura negatif kilang tu fulamak mmg dasyat, rata-rata staff situ cakap bos situ kuat maki, walhal bos and kilang tu 100% milik melayu. Apa punye perangai la, x professional. Dengan perangai staff situ dekat orang baru pandang semacam nye, pehhh...aku kena bersabar. Ini 1 cabaran besar ni, dengan aku baru nak belajar pasal sales menggantikan pekerja lama yg dah 27 tahun kerja yg nak berhenti, dengan certain staff yg x supportive. Rata2 pesan aku kena tahan maki kalau nk kerja situ. Ini lah kilang melayu ish3! 100% berbeza dengan work environment aku di Pahang & Petronas Kerteh dulu yg very supportived..

Di sebabkan aura negative ni..dari hari 1st sampai 5th aku asyik cakap nak berhenti je kat husband, tapi dia bagi semangat kata tahan je maki..bawak aura positif pulak kat kilang tu. Ada suntikan semangat sikit kat situ. Alhamdulillah...pejam celik bertahan sampai hari ke-9 haha..

Gaji pulak? Kita paham lah, kilang ni kecik, dari 2 kilang beroperasi tinggal sebijik...so tak dapat la nak bayar tinggi. Tak pe, aku accept je sebab memang payah nak dapat kerja kt area sini kan, ni dah kira bernasib baik sangat.

Btw, aku dapat tahu, kilang ni mengalami krisis ekonomi 2-3 tahun ni. Production cut into half plus mesti perlaksanaan GST pun impact jugak. Kilang ni ada 2 bos..2nd bos is Hj.Sahih yg mana terkenal dengan memaki staff2 dia. Mulut org Melaka korang tau la kan segala carut keluar kalau marah, ni yg buat ramai x tahan kerja sini. Dia ni pemilik saham ke-dua kilang. 1st bos pulak is Dato' Wahab, die ni much better than Hj Sahih..tapi jarang masuk kilang. He is professional, mane tak nye, bekas CEO Petronas kt Kertih rupanya!! 30 tahun dalam Petronas...wow. Patut masa mengadap die macam tau pasal Optimal. Dia harap aku dapat improve management sistem dekat kilang tu dengan fresh idea..in shaallah~

well..sekarang aku macam dah sikit2 nak merima kerja baru ni. Hari ni ada kasi motivasi sikit bila dapat tau yg mintak position aku ni ada dalam 10 orang walk in interview, tapi rezeki aku dorang pilih sebab aku ada experience bekerja dengan Petronas (kenapa dengan Petronas??sebab kilang ni baru beberapa tahun lepas terpilih menjadi vendor kepada Petronas Petlin dan Petronas Ethylene Kertih bekalkan Fossil Fill Seal (FFS Bag) dan sedikit sebanyak perlu apply some sistem Petronas dalam sales operation...) :)

Doakan aku dapat menghadapai cabaran, dugaan, task2 ujian di tempat kerja baru ni dengan jaya nya!!doakan aku berjaya dengan karier baru ni! Doakan aku dipermudahkan segala urusan kat sini ya!


Line leaf top Pictures, Images and Photos  onion head Pictures, Images and Photos