Friday, October 23, 2015

Sakit Gigi Berlubang, Cabut Atau Rawatan Akar

 Assalam and helo,

Adoi...after tampal gigi bulan lepas aku gembira gila sebab ingatkan masalah gigi berlubang aku dah selesai. Boleh makan kacang dengan gembira. Sekali masalah tu belum selesai... :(

Sebelum ni seminggu lepas tampal memang ade denyut sikit kat gusi gigi bertampal tu tapi aku assume it is normal after tampal, gigi tengah adapt dengan tampalan. After that, denyut2 tu datang lagi masa aku makan ikan bilis goreng tapi x kuat and sekejap je..

Nak dijadikan cerita semalam, aku makan nasi lemak and ikan bilis goreng. Tengah malam gusi sekitar gigi bertampal start berdenyut. Aku sangka dengan gosok gigi and kumur listerine boleh hilang macam sebelum ni. Tapi tak, reda sekejap je. Pastu berdenyut makin kuat, lain macam denyut nya sebab dah tarik sampai ke telinga kanan dengan kepala belah kanan, mmg cuak kot! Hari dah 12am, lewat malam. Aku pusing kiri pusing kanan, meniarap tetap denyut x reda and aku x boleh nak tido sebab denyut makin kuat. Pastu aku decide tidur duduk sebab kalau baring macam lebih kuat berdenyut berbanding duduk. punnn x boleh tido sebab denyut x redha. Hari dah pukul 2am!!! Call En.Tunang ngadu..nasib baik die x tido lagi. Ade gak tempat nak ngadu sakit, mak tunang aku suruh pecahkan panadol and letak kt gusi sakit tu sbb die penah buat and hilang. Tapi aku xde panadol...makanya terpaksa la aku hadap denyut tu sampai pukul berapa aku x sedar aku terlelap, mybe denyut tu hilang sendiri kot sampai aku boleh terlelap.

Pagi lepas siap2 kemas untuk balik jengka (terus sampai hari kenduri), aku wassap member2 sekolah. Ada sorang dah jadi dentist. Aku citer la pasal sakit tu semua. Dia tanya bengkak ke x. X bengkak lagi. So die bgtau maybe lubang gigi bertampal tu dah dalam sangat sampai kena kat akar gigi. Menyebabkan sakit, and mybe pressure kat gigi tu tertahan sebab tampalan. Dia cakap ade due cara samada nak cabut atau buat rawatan akar. Tapi kalau rawatan akar kena appoinment 2-3 kali. Ambik masa. After dapat sikit info dari kawan aku, jadi aku decide jap lagi pergi hospital Jengka tempat aku buat rawatan hari tu sebab kawan aku suggest pergi tempat sama sebab dorang dah ade rekod rawatan sebelum2 ni.

After jumpe doktor aku cerita la "Doktor, bulan lepas saya ada tampal gigi, lepas tu gusi tempat gigi tampal tu berdenyut especially kalau makan benda keras, malam tadi paling kuat berdenyut sampai ke telinga dengan kepala"...Nasib bukan dapat doktor cina lelaki masa tampal hari tu, mcm doktor baru je, tampal gigi aku pun x rata ntah2 die gak penyumbang gigi berlubang tu infection ish. Dapat doktor perempuan melayu kali ni, die ketuk2 bahagian tampal, die tanya sakit x, yup mmg sakit pun die ketuk tu. Die pun explain, "Gigi awak ni dah sakit sampai ke telinga kan. Bila ketuk pun sakit, kalau berdenyut sampai ke telinga dan lebih dari setengah jam, hujung akar tu mybe dah bernanah. Jadi ada 2 option, nak cabut atau buat rawatan akar. Kalau rawatan akar kena datang banyak kali appointment 2-3x ikut jadual kita tetapkan. Kalau nak cabut, tak boleh hari ni sebab tengah sakit". So, aku decide nk cabut. Doktor tu kate akan bagi ubat untuk aku makan. Lagi seminggu datang cabut gigi pulak. Tp die suruh jgn dtg Jumaat, dtg la hari isnin-khamis sbb dorang agak bz ada cleaning something like that la Jumaat. Bagi aku doktor ni baik sangat huhu...

Dapat surat prescription doc aku kena ambil ubat kat unit farmasi. Dapat 2 jenis ubat, 1 ubat tahan sakit makan masa rase sakit je. 1 lagi antibiotik Amoxycillin 250mg (2 biji 3xsehari after meal). Antibiotik ni bassically untuk stop bacteria growth kat gigi berlubang aku yg dah infected tu. Doctor tu tegaskan jangan skip! Kena habiskan. Pharmacist tu pun pesan suruh habiskan dalam masa 5 hari. OK, will try my best sbb aku kurang disiplin makan ubat haha..




Hopefully sihat sepenuhnya masa kenduri nanti. Aminnnnnn!

  onion head Pictures, Images and PhotosLine leaf top Pictures, Images and Photos

Tuesday, October 20, 2015

Sisa-sisa Kehidupan Bujang



Assalam,

Minggu-minggu akhir single. Adoi, rindu la nanti single life. Boleh pegi sane sini suke hati. Nak buat apa bebas. Bangun lambat, tidur lambat, berjimba dengan family. Sedih...after this dah kurang quality time dengan family tersayang. Duduk jauh macam kakak pulak. Surely I will be suffer homesick syndrome so much pindah Melaka nanti. Pelik kan budak dah biase duduk jauh dari zaman sekolah berasrama, matriks and Universiti camni??helooo...tu zaman dah berlalu. Since 2 years ago aku duduk kerja kat kampung, every week balik Jengka, everyday duduk sebumbung dengan kakak. TOTALLY FEEL REALLY SAFE with family members surrounding!!! Jadi tak hairan lah syndrome homesick bakal melanda aku lagi nanti.

Dalam kepala sibuk fikir cari job baru, tempat baru, macam mane nak cari, how?when?where?

Bertambah gusar bila boss dah standby staff ganti aku kat sini..macam menghalau lak rasa kah3.

Sesungguhnya boss akan rindu aku sebab aku kan staff paling berdedikasi. Huru hara lah you all takde I lepas ni.

Korang semua...doakan lah segala urusan majlis, perlangsungan majlis lancar dan berjaya. Doakan juga aku dapat kerja tetap segera di Melaka dan dimurahkan rezeki lepas kahwin...aminnnn!


wajah 11 hari lagi membujang,,



 

Line leaf top Pictures, Images and Photos onion head Pictures, Images and Photos

Sunday, October 18, 2015

Malaysian Intergrated Test (MIT) Oktober 2015



Assalam dan hai,
Alhamdulillah, semalam selesai ujian Malaysian Intergrated Test (MIT) dekat Pusat Teknologi Maklumat, Kompleks Perumahan Alor Akar Kuantan. MIT ni scheme baru yg mana baru dibuat untuk procedure baru perlantikan jawatan inspektor. MIT ni sebenarnya ujian berkomputer merangkumi ujian psikometrik yg mane untuk menguji personaliti dan tahap integriti calon-calon.

Jadi semalam Alhamdulillah tak sesat. Mudah nk cari kompleks ni huhu...kalau dari simpang ke Teluk Cempedak tu you all masuk kiri. Pastu jln straight je. Belah kiri nanti akan nampak bangunan kuarters polis biru putih cepat2 perlahankan kereta.

kalau bukan dari Teluk Cempedak belah kanan signboard ni
Nanti korang akan nampak signboard biru ni and masuk simpang tu, actually signboard tu ade tulisan tapi dah nak hilang..die tulis kompleks "something" polis, Logistik. Masuk je...nanti jumpe pagar, tye post polis atau belok je belah kanan straight turun bawah hujung sekali korang akan jumpe pusat teknologi maklumat tempat ujian MIT akan dijalankan.






Ujian aku sesi 6 3.30petang Sabtu 17 Oktober 2015. Sila datang awal 1 jam. Aku sampai pukul 2.00ptg.Pegawai incharge tu tanya nak masuk awal tak sesi 5 2.30petang. Aku setuju masuk awal. Pastu dia confirmkan kedatangan, dan tunjuk IC&surat panggilan MIT (JANGAN LUPA PRINT OUT DAN BAWA!!). Sijil2 kokorikulum serahkan kat dia. Koko sahaja, sijil akademik reject. Cm aku semua die reject bhahaha mane ade sijil koko kt U weh..


Masuk bilik komputer pukul 2.20petang. Taklimat dalam 5 minit.Then, masukkan IC, password pun IC (aku g masukkan password SSO cuak password x sah...gelabah jap). Pastu ada tutorial cara menjawab beberapa soalan. Habis tutorial terus boleh jawab. 1st bahagian demografik masa ni mase tak counting lagi. Bile hbs bahagian ni baru masa bermula untuk 105 soalan Psikometrik, dalam masa 25minit. Kalau boleh jeling2 jugak masa, takut tak sempat. Alhamdulillah lagi 5 minit masa aku habis jawab semua. Member sebelah x sempat jawab dua soalan masa tamat. Aku tadi pun sekali tekan butang next x gerak2 aku klik kali kedua beru gerak. Harap xde soalan aku terlompat skip lah. Sesi pagi tadi ada budak lelaki bgtahu die kene server slow, nak bertukar dari soalan ke solan seterusnya lambat, kat situ banyak habis masa die, minit terakhir masih cuba menghabiskan soalan, mujur sempat. So, apa2 pun good luck semua calon2!!




Ni la antara muka calon-calon Inspektor sesi intake 2015. Gambar aku xde hehe..


onion head Pictures, Images and Photos

Tuesday, October 13, 2015

Hasil DIY Crepe Bunga Telur

Hai, Assalamu'alaikum,

Thanks pada blog-blog yang share tutorial DIY bunga telur crepe paper. Cuma bahagian daun agak x pandai nk diperkemaskan huhu...so here we are~





Nanti letak kat bunga pahar harap cantik :)

Line leaf top Pictures, Images and Photos onion head Pictures, Images and Photos