Assalam,
Br1m datang lagi. Kepada yg mana layak tarikh permohonan dan kemaskini bermula 1 Disember baru ni sehingga 31 Disember 2014. Harap maklum.
Kalau kemaskini atau mohon secara online ruangan akaun bank wajib diisi (*). Kalau takde nombor akaun tu jadi kesukaran lah sikit, sy pun tak pasti boleh gunakan akaun orang lain ke tak. Yang sy tau tak berani nak mohon guna akaun orang lain sebab BR1M ni cerewet sikit, sikit je salah terus gugur layak/gagal.
Info diterima ada yg mengatakan pemohon sebelum ni tak payah kemaskini dah sekiranya dah ada dalam rekod permohonan, ada pulak mengatakan perlu juga kemaskini walaupun dah pernah mohon and xde info berubah dalam permohonan. So, to play safe kemaskini je, walaupun takde ubah apa2 info. Selamat..
Permohonan baru atau untuk kemaskini boleh dibuat kat website ni:
https://ebr1m.hasil.gov.my/login_2.aspx
Untuk skim khairat kematian perlulah isi maklumat waris kat bahagian yg diminta.
*Penerima BR1M 2015 di bawah kategori isi rumah dan warga emas adalah layak dipertimbangkan untuk menerima Skim Khairat Kematian. Sila isi maklumat waris bagi tujuan pembayaran khairat kematian.
Harap membantu thank you..assalam ~