.

Konco-konco

Friday, December 5, 2014

BR1M 2015-Info untuk semua.

Assalam,

Br1m datang lagi. Kepada yg mana layak tarikh permohonan dan kemaskini bermula 1 Disember baru ni sehingga 31 Disember 2014. Harap maklum.

Kalau kemaskini atau mohon secara online ruangan akaun bank wajib diisi (*). Kalau takde nombor akaun tu jadi kesukaran lah sikit, sy pun tak pasti boleh gunakan akaun orang lain ke tak. Yang sy tau tak berani nak mohon guna akaun orang lain sebab BR1M ni cerewet sikit, sikit je salah terus gugur layak/gagal.

Info diterima ada yg mengatakan pemohon sebelum ni tak payah kemaskini dah sekiranya dah ada dalam rekod permohonan, ada pulak mengatakan perlu juga kemaskini walaupun dah pernah mohon and xde info berubah dalam permohonan. So, to play safe kemaskini je, walaupun takde ubah apa2 info. Selamat..

Permohonan baru atau untuk kemaskini boleh dibuat kat website ni:
https://ebr1m.hasil.gov.my/login_2.aspx

Untuk skim khairat kematian perlulah isi maklumat waris kat bahagian yg diminta.
*Penerima BR1M 2015 di bawah kategori isi rumah dan warga emas adalah layak dipertimbangkan untuk menerima Skim Khairat Kematian. Sila isi maklumat waris bagi tujuan pembayaran khairat kematian.
Harap membantu thank you..assalam ~Line leaf top Pictures, Images and Photos onion head Pictures, Images and Photos

Wednesday, November 26, 2014

Tukar Nama Hakmilik Motorsikal Dalam Geran..

Alhamdulillah... 24.11.2014 settle dengan lancar urusan tukar nama geran motor aku beli hari tu.

Serabut tetttt je dengar dari mulut orang mase survey pasal cara/prosedur tukar nama. Orang ni cakap camni orang tu cakap camtu..orang sane cakap rumit tukar insurans makan 2-3 hari (aku dh cuak dah sebab susah nak cuti). Rupenye simple as kacang goreng je proses die. Tunang aku pegi tanya kt JPJ UTC Melaka, die kate kalau owner and pembeli duk jauh, datang je JPJ isi borang and sah cap jari. Buat berasingan pun takpe.Tapi ingat borang sah 7 HARI je!!!!!

"Pembeli & penjual datang JPJ Bukit Katil isi borang&cap jari"-JPJ UTC-

Aku buat urusan tukar nama ni dekat JPJ Bukit Katil Melaka, as my fiancee orang Melaka and penjualnye pun duduk Melaka cuma owner asal (bapa penjual) je orang Kluang Johor.

Disebabkan faktor jarak geografi pemilik lama dan pembeli (Johor vs Pahang), maka prosesnya seperti yang aku nak cerita ni la.

FYI, start bulan April baru ni x silap, sistem JPJ telah ditukar berkenaan penukaran hakmilik kenderaan ni yg mane pemilik&pembeli kene hadir ke JPJ untuk thumbprint(pengesahan cap jari) kat kaunter dengan komputer. Tapi tak semestinye hadir serentak/sama2 masa hari penukaran. Takde dah boleh guna borang  sumpah cop jari wakil2 ape semua tu (TM-AB dah x valid).

So, alkisahnye..ayah penjual datang dari Kluang minggu lepas pegi JPJ Melaka (xtau JPJ mane die pegi),isi borang belah pihak die and buat pengesahan cap jari. Then die pass borang kat kami, kami terima borang yg die bagi JPJK3 (senarai semak), TM-1, Geran asal motor (roadtax mmg ade kt tunang aku sebab motor dah ambik).

Pastu kami pegi JPJ Bkt Katil hari Isnin baru ni, tanya pengawal tingkat atas (salute pengawal ni, die duk meja kat tangga, peramah dan sangat membantu), die semak dokumen, and bagi lagi 1 salinan borang TM-1 untuk di isi dengan nama aku pulak (owner asal bagi TM-1 hari tu berisi dengan nama dia). JPJK3 tu belah atas owner asal dh isi maklumat die, bahagian pembeli aku kene isi nama aku.

So, kat tgn aku ade JPJK3 (nama aku&nama owner asal), TM-1 (nama aku), TM-1 (nama owner asal), geran, roadtax.

Then guard tu cakap ada due cara nak tukar nama geran. Klu rase malas nk keluar dh batalkan je dulu roadtax and terus g kaunter tukar nama geran ataupun lagi 1 cara pegi batal insurans owner lama buat insurans baru atas nama aku then pegi tukar nama geran, batal roadtax lama dan hidup roadtax baru. Aku  decide settle semua terus la senang, mujur ade tempat buat insurans kt kantin JPJ. Jangan lupa mintak kat kaunter borang batalkan roadtax, isi borang tu untuk serahkan mase kite nak proses geran&dll kat kaunter nanti.

So, pegi la aku dengan tunang aku ke kantin tu, batal insurans lama, hidupkan insurans baru. Kene RM210. Then, masuk JPJ balik. Sementara tunggu  agent insurans tadi dah update dalam sistem dalam 20 minit..aku ambik nombor, saje cube nasib kot2 dah masuk sistem dh insurans tu. Sampai turn, die kate x masuk lg dlm sistem. So, abg kaunter tu just batalkan roadtax&tukarkan nama dalam geran dulu sebab dah nk pukul 1 dorang nk rehat dah (tukar nama geran RM3 je). Die pesan nanti ambik nombor kat bawah hidupkan roadtax. Jadi dah settle tukar nama geran, tinggal nak hidupkan roadtax je lagi.

Perlu difahamkan kat sini, insurans dihidupkan atas nama pembeli baru adalah syarat untuk hidupkan roadtax. Geran kalau nak tukar nama cukup sekadar roadtax pemilik asal dibatalkan dah boleh tukar nama dalam geran.

Kami pun turun tingkat bawah ambik nombor...sampai turn, akak kaunter ckp xmasuk sistem lg. So, tgu ler lagi (ouh belum 20 minit lg hihihi,...x dan2 kan ;p)..aku call akak insurans tu blk, dlm 5 minit kemudian baru masuk dlm sistem. So, dgn pantas aku g kaunter akak td bgtau dah masuk. Roadtax pun dihidupkan, cas hidup roadtax RM2 je. Settle!!!!

jadi secara rumusan nye...(untuk kes beli motor insurans & roadtax masih hidup).

1. Owner dan pembeli pegi JPJ thumbprint kt JPJ masing2. Owner isi borang berkenaan. (JPJK3, TM-1)..pembeli isi borang (TM-1, JPJK3 yg owner dah isi info die, borang pembatalan roadtax)
2. Bawa Geran original & Roadtax yang masih hidup tu.
3. Pembeli pegi batal insurans owner asal dan buat insurans baru atas nama pembeli.
4. Ambil nombor giliran. Sampai turn, pegi Kaunter JPJ (tukar nama dalam geran & hidupkan roadtax sekali).

JPJK3 (1 helai), TM-1 (2 helai: 1 owner isi 1 pembeli isi), Borang batal roadtax (1 helai), geran asal 1, roadtax asal 1.

Selesai.

Atau.

1. Owner dan pembeli pegi JPJ thumbprint kt JPJ masing2. Owner isi borang berkenaan. (JPJK3, TM-1)..pembeli isi borang (TM-1, JPJK3 yg owner dah isi info die, borang pembatalan roadtax)
2. Bawa Geran original & Roadtax yang masih hidup tu.
3. Pembeli pegi bawa borang pembatalan roadtax dgn geran ke kaunter. Batal roadtax. Tukar nama geran. (bawak semua form di isi tadi jugak). sedia RM3.
4. Pegi hidupkan insurans atas nama pembeli (batal insurans owner). Sedia duit insurans dalam RM200++.
5. Ambik nombor, sampai turn pegi Kaunter JPJ (hidupkan roadtax). sedia RM2.

Selesai...

p/s: simple je proses die..cuma dalam senarai semak tu die tulis 2 salinan JPJK3, mule2 risau jugak sebab owner kasi 1 salinan je yg berisi nama & sign die. Tp masa bawak kat kaunter, proceed je xde masalah pun dgn 1 salinan JPJK3 tu..so xpela kot.

Harap entry ni membantu :)

Kat bawah ni form berkaitan.. (source internet).

1. Ni JPJK3. Borang baru agaknye. Kat JPJ masih guna borang lama. Info yg perlu di isi lebih simple berbanding borang dalam gambar ni.


2. Ni borang TM-1. Pembeli isi 1, Penjual isi 1.


3. Borang pembatalan Roadtax.

5. Geran original.

6. Roadtax original.

7. Inilah borang lama TM-AB surat sumpah wakil (sekiranya pembeli/penjual x hadir) and cop jari sistem lama yang dah tak boleh diguna pakai sebab sistem baru pengesahan cap jari di kaunter menggunakan komputer terus. So, borang ni invalid sudahhhh...

Line leaf top Pictures, Images and Photos

onion head Pictures, Images and Photos

Tuesday, November 18, 2014

My 1st Motorcyle...

Thank you Allah atas penambahan 1 lagi asset dalam hidup aku. Walaupun ia bukan lah baru dari kedai tapi aku cukup syukur dengan rezeki ini. 16 November 2014 secara tak rasminye aku telah berjaya beli motor second hand EX5 gold tahun 2008. Motor ni engine masih senyap sebab tak pernah jalan jauh (which is same spect as my myvi masa beli dulu). Owner nak jual sebab dah 7 bulan terperuk dalam rumah since owner kahwin.

Aku tak kisah motor ni second yang penting bebas loan bank. Duit beli motor ni adalah hasil titik peluh aku kerja sekarang :) Alhamdulillah at least ada benda aku capai dengan gaji sekarang...welcome to my life JJA. Doa2 semoga process tukar nama berjalan dengan lancar...aminnnnn.

A bunch of thanks to my fiancee yang tolong cari dan uruskan urusan jual beli motor ni :)

by the way..masih x clear process tukar nama ikut latest system JPJ..so after i experienced it myself,I'll share later in separate entry ya!



Line leaf top Pictures, Images and Photos onion head Pictures, Images and Photos

Saturday, September 20, 2014

Luah

Assalamu'alaikum...salam sejahtera.

Hai..pagi2 dah marah kan. Ape kate luah kat sini. Aku geram kat adik aku. Taksub dan minat bola x salah. Tp kalau sampai perancangan hidup jadi slow and not functioning itu yg jd masalah sebenarnye. Asyik2 pegi selection dan unselected. Suruh keje sambil2 selection xnak, alasan 'x boleh jogging kalau kerja' xde stamina..looser reason. Umur 19 tahun..bile tanya, nak keep pegi selection sampai umur 23 tahun without having any job..sangat naik lemak! hampagas. Kalau lah duduk rumah tu rajin buat kerja rumah AT LEAST la kannnn...xpe la jugak!!!!!!!!!pemalas.
Line leaf top Pictures, Images and Photos onion head Pictures, Images and Photos

Friday, September 12, 2014

Husnul Khatimah...ape ye?

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera...

Entry baru nampak...setelah sekian lama tak berkongsi tentang ape2 info.
Yep, Husnul Khathimah, pernah tak anda dengar? aku akui aku pun agak asing dengan istilah ni. Husnul Khatimah ni start terngiang2 di telinga setelah ia di ucapkan/disebut2 di bibir arwah Dato; Sharifah Aini. Arwah ni bersungguh nak tergolong dalam golongan Husnul Khatimah. Maka dari situ lah terbit ingin tahu aku tentang Husnul Khatimah itu sendiri. Malah arwah sepupu aku yang meninggal tahun ni pun baru aku tau die jugak tergolong dalam golongan Husnul Khatimah iaitu meninggal kerana sakit TB dan pada hari Jumaat, Alhamdulillah...die pun mmg anak yg soleh.

Jom berkongsi info tentang Husnul Khatimah yang aku Copy&Paste dari blog lain jom. Doakan kita juga tergolong dalam golongan Husnul Khatimah..aminnnnn...

19 golongan yang akan mati dalam Husnul Khatimah


Syaikh Albani rahimahullah telah mengumpulkan dalam kitabnya ( Ahkamul Janaiz) tanda-tanda ini dari Al Qur’an dan Sunah shahihah, beliau mendapatinya ada 19 tanda, berikut ini ringkasannya:

Sesungghnya Dzat Yang Mensyariatkan telah menjadikan beberapa tanda yang jelas untuk menunjukkan husnul khatimah – Allah Ta’alaa telah menetapkannya dengan kurnia dan kenikmatanNya – maka siapa sahaja yang meninggal dengan memiliki salah satu tandanya maka itu merupakan berita gembira:

Pertama:Mereka yang dapat mengucapkan syahadat menjelang kematian sebagaimana ditunjukkan dalam banyak hadits yang shahih diantaranya:

قوله: صلى الله عليه وسلم : ( من كان آخر كلامه لا إله إلا الله دخل الجنة ) .( حسن )

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: ( barangsiapa yang ucapan terakhirnya Laa ilaaha illallah maka dia masuk surga ) ( hadits hasan).

Kedua: Kematian yang disertai dengan basahnya kening dengan keringat atau peluh  berdasarkan hadits Buraidah bin Hushaib radhiallahu anhu:

عن بريدة بن الخصيب رضي الله عنه :  ( صحيح ) ( أنه كان بخراسان فعاد أخا له وهو مريض فوجده بالموت وإذا هو يعرق جبينه فقال : الله أكبر سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : ( موت المؤمن بعرق الجبين ) .

Dari Buraidah bin Khusaib radhiallahu anhu: ( bahwa ketika dia berada di Khurasan sedang membesuk seorang sahabatnya yang sakit dia mendapatinya sudah meninggal tiba-tiba keningnya berkeringat maka dia berkata: Allahu Akbar, aku mendngar Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: ( kematian seorang mukmin disertai keringat dikeningnya ) ( hadits shahih ).

Ketiga: Mereka yang meninggal pada malam jumaat atau siangnya berdasarkan sabda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam ( hadits dengan seluruh jalurnya hasan atau shahih )

لقوله صلى الله عليه وسلم :  ( ما من مسلم يموت الجمعة أو ليلة الجمعة إلا وقاه الله فتنة القبر ) .

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: ( tidaklah seorang muslim yang meninggal pada hari Jumaat atau malam Jumaat melainkan Allah Melindunginya dari siksa kubur ).

Keempat: meninggal dalam keadaan syahid dimedan perang sebagaimana firman Allah Ta’alaa :

قال الله تعالى : “وَلَا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَاتًا بَلْ أَحْيَاءٌ عِنْدَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ (169) فَرِحِينَ بِمَا آتَاهُمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ وَيَسْتَبْشِرُونَ بِالَّذِينَ لَمْ يَلْحَقُوا بِهِمْ مِنْ خَلْفِهِمْ أَلَّا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ (170) يَسْتَبْشِرُونَ بِنِعْمَةٍ مِنَ اللَّهِ وَفَضْلٍ وَأَنَّ اللَّهَ لَا يُضِيعُ أَجْرَ الْمُؤْمِنِينَ [آل عمران : 169 - 171].

Artinya: ( dan janganlah sekali-kali kamu mengira bahwa orang-orang yang terbunuh dijalan Allah mati, tetapi mereka hidup diberi rizki disisi Tuhan mereka (169) Mereka bergembira dengan karunia yang diberikan Allah kepada mereka, dan memberi khabar gembira kepada orang-orang yang belum mengikuti mereka dibelakang janganlah mereka takut dan sedih (170) Mereka memberi khabar gembira dengan kenikmatan dari Allah dan karuniaNya dan bahwa Allah tidak menyia-nyiakan balasan bagi orang-orang beriman) (QS Ali Imran :169-171).

صحيح ) وقال صلى الله عليه وسلم : ( للشهيد عند الله ست خصال :” يغفر له في أول دفعة من دمه، ويرى مقعده من الجنة، ويجار من عذاب القبر، ويأمن الفزع الأكبر، ويحلى حلية الإيمان، ويزوج من الحور العين، ويشفع في سبعين إنسانا من أقاربه )

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: ( orang yang syahid mendapatkan enam perkara: diampuni dosanya sejak tetesan darahnya yang pertama, diperlihatkan tempatnya dalam surga, dijauhkan dari siksa kubur, diberi keamanan dari goncangan yang dahsyat dihari kiamat, dipakaikan mahkota keimanan, dinikahkan dengan bidadari surga, diizinkan memberi syafaat bagi tujuh puluh anggota keluarganya) (hadits shahih).

Kelima: Mereka yang meninggal ketika berjuang di jalan Allah (bukan terbunuh) berdasarkan sabda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam:

لقوله صلى الله عليه وسلم : ( ما تعدون الشهيد فيكم ؟ ) قالوا : يا رسول الله من قتل في سبيل الله فهو شهيد قال : ( إن شهداء أمتي إذا لقليل ) . قالو : فمن هم يا رسول الله قال : ( من قتل في سبيل الله فهو شهيد ومن مات في سبيل الله فهو شهيد ومن مات في الطاعون فهو شهيد ومن مات في البطن ( 1 ) فهو شهيد والغريق شهيد ) .

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: ( apa yang kalian nilai sebagai syahid diantara kalian ?) mereka berkata: Ya Rasulullah siapa yang terbunuh dijalan Allah maka dia syahid. Beliau berkata: ( jadi sesungguhnya para syuhada umatku sedikit ). Mereka berkata: lalu siapa mereka Ya Rasulullah ? Beliau berkata: ( barang siapa yang terbunuh dijalan Allah syahid, barangsiapa yang mati dijalan Allah syahid, barangsiapa yang mati karena wabah taun syahid, barangsiapa yang  mati karena penyakit perut  syahid, dan orang yang tenggelam syahid).

Keenam: mati kerana satu wabak penyakit tha’un, berdasarkan beberapa hadits diantaranya:

( صحيح )ا قوله صلى الله عليه وسلم : ( الطاعون شهادة لكل مسلم ) .

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: ( wabah tha’un merupakan kesyahidan bagi setiap muslim).( hadits shahih)

Ketujuh: Mereka yang mati kerana penyakit dalam perut berdasarkan hadits diatas.


Kelapan dan kesembilan:Mereka yang  mati kerana tenggelam dan terkena runtuhan berdasarkan sabda Nabi shallallahu alaihi wasallam:

( صحيح ) لقوله صلى الله عليه وسلم : ( الشهداء خمسة : المطعون والمبطون والغرق وصاحب الهدم والشهيد في سبيل الله ) .

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: ( syuhada ada lima: yang mati kerana wabak ta’un, kerana penyakit perut, yang tenggelam, yang terkena runtuhan dan yang syahid dijalan Allah) ( hadits shahih).

Kesepuluh: Mereka yang matinya seorang wanita dalam nifasnya disebabkan melahirkan anaknya:

صحيح ) لحديث عبادة بن الصامت : أن رسول الله صلى الله عليه وسلم عاد عبد الله بن رواحة قال : فما تحوز له عن فراشه فقال : أتدري من شهداء أمتي ؟ قالوا : قتل المسلم شهادة قال : ( إن شهداء أمتي إذا لقليل قتل المسلم شهادة والطاعون شهادة والمرأة يقتلها ولدها جمعاء شهادة [ يجرها ولدها بسرره  إلى الجنة ] ) .

Dari Ubadah bin Shamit radhiallahu anhu bahwa Rasulullah shallallahu alaihi wasallammenjenguk Abdullah bin Rawahah dan berkata: beliau tidak berpindah dari tempat tidurnya lalu berkata: tahukah kamu siapa syuhada dari umatku ? mereka berkata: terbunuhnya seorang muslim adalah syahid. Beliau berkata: ( jadi sesungguhnya para syuhada umatku, terbunuhnya seorang muslim syahid, mati kerana wabak tha’un syahid, wanita yang mati kerana janinnya syahid [ditarik oleh anaknya dengan tali arinya kesurga]) ( hadits shahih ).

Ke-11 dan ke-12: Mereka yang mati kerana terbakar dan sakit bengkak panas yang menimpa selaput dada di tulang rusuk, ada beberapa hadits yang terkait yang paling masyhur:

عن جابر بن عتيك مرفوعا :  ( صحيح ) ( الشهداء سبعة سوى القتل في سبيل الله : المطعون شهيد والغرق شهيد وصاحب ذات الجنب شهيد والمبطون شهيد والحرق شهيد والذي يموت تحت الهدم شهيد والمرأة تموت بجمع شهيدة )

Dari Jabir bin ‘Atik dengan sanad marfu’ : ( syuhada ada tujuh selain terbunuh dijalan Allah: yang matu kerana wabak tha’un syahid, yang tenggelam syahid, yang mati kerana sakit bengkak yang panas pada selaput dada syahid, yang sakit perut syahid, yang mati terbakar syahid, yang mati terkena runtuhan syahid, dan wanita yang mati setelah melahirkan syahid) (hadits shahih).

Ke-13: Mereka yang mati kerana sakit  TB berdasarkan hadits:

( حسن ) لقوله صلى الله عليه وسلم :  ( القتل في سبيل الله شهادة والنفساء شهادة ،والحرق شهادة والغرق شهادة، والسل شهادة ،والبطن شهادة )
 .

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: ( terbunuh dijalan Allah syahid, wanita yang mati kerana melahirkan syahid, orang yang terbakar syahid, orang yang tenggelam syahid, dan yang mati kerana sakit TB syahid, yang mati kerana sakit perut syahid) (hadits hasan).

Ke-14: Mereka yang mati kerana mempertahankan hartanya yang hendak dirampas. Dalam hal itu ada beberapa hadits diantaranya:

( صحيح ) ( من قتل دون ماله ( وفي رواية : من أريد ماله بغير حق فقاتل فقتل ) فهو شهيد ) .

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: ( barangsiapa yang terbunuh kerana hartanya ( dalam riwayat: barangsiapa yang hartanya diambil tidak dengan alasan yang benar lalu dia mempertahankannya dan terbunuh) maka dia syahid) (hadits shahih).

Ke-15 dan ke-16: Mereka yang mati kerana mempertahankan agama dan dirinya:

صحيح ) لقوله صلى الله عليه وسلم : ( من قتل دون ماله فهو شهيد ومن قتل دون أهله فهو شهيد ومن قتل دون دينه فهو شهيد ومن قتل دون دمه فهو شهيد ) .

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: ( barangsiapa yang terbunuh kerana hartanya syahid, barangsiapa yang terbunuh kerana keluarganya syahid, barangsiapa yang terbunuh kerana agamanya syahid, barangsiapa yang terbunuh kerana darahnya syahid) ( hadits shahih).

Ke-17: Mereka yang mati dalam keadaan ribath (berjaga di sempadan) dijalan Allah. Ada dua hadits dalam hal itu salah satunya:

( صحيح ) ( رباط يوم وليلة خير من صيام شهر وقيامه ،وإن مات جرى عليه عمله الذي كان يعمله وأجري عليه رزقه وأمن الفتان ) .

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: ( ribath sehari semalam lebih baik dari berpuasa dan qiyamul lail selama sebulan, dan jika mati maka akan dijalankan untuknya amalan yang biasa dikerjakannya, akan dijalankan rezekinya dan diamankan dari fitnah) ( hadits shahih).

Ke-18: mati ketika melakukan amal soleh berdasarkan hadits:

لقوله صلى الله عليه وسلم :  ( صحيح ) ( من قال : لا إله إلا الله ابتغاء وجه الله ختم له بها دخل الجنة ومن صام يوما ابتغاء وجه الله ختم له بها دخل الجنة ومن تصدق بصدقة ابتغاء وجه الله ختم له بها دخل الجنة
 ) .

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: ( barangsiapa yang mengucapkan: Laa ilaaha illallah mengharapkan wajah Allah lalu wafat setelah mengucapkannya maka dia masuk syurga, barangsiapa berpuasa satu hari mengharapkan wajah Allah lalu wafat ketika mengerjakannya maka dia masuk syurga, barangsiapa yang bersedekah dengan satu sedekah mengharapkan wajah Allah lalu wafat ketika mengerjakannya maka dia masuk syurga) ( hadits shahih).

Ke-19: Mereka yang dibunuh oleh penguasa yang zalim kerana memberi nasihat kepadanya:

لقوله صلى الله عليه وسلم :( صحيح ) ( سيد الشهداء حمزة بن عبد المطلب ورجل قام إلى إمام جائر فأمره ونهاه فقتله ) أخرجه الحاكم وصححه والخطيب.

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: ( penghulu para syuhada adalah Hamzah bin Abdul Muththalib dan seseorang yang mendatangi penguasa yang zalim lalu dia memerintahkan yang baik dan melarang dari yang mungkar lalu dia dibunuhnya) Hadits dikeluarkan oleh Al Hakim dan dishahihkannya dan Al Khatib.
Line leaf top Pictures, Images and Photos onion head Pictures, Images and Photos

Friday, September 5, 2014

Throwback Hari Raya 2014


Ouh..tiap2 tahun upload gambar raya. Tahun ni tak upload lagi...meh3.


















onion head Pictures, Images and Photos

Sunday, July 27, 2014

Cookies Chocolate Chips ala2 Famos Amos Cookies.

Line leaf top Pictures, Images and Photos
As salam,.entry ni nak cite sikit pasal kuih..raye ni 1st time buat kuih bancuh adunan sendiri..dan ternyata kuih sy sangat sedap. Huhu. Feveret sy famos amos cookies..x sangka cookies choc chip yg berjaya di buat ni rase sama dgn biskut famos amos!!onion head Pictures, Images and Photos


 Resepi die aku ambik dari salah 1 blog. Xingat ape ntah..so lets share the resepi.

Bahan2:

a. 2 cawan setengah tepung gandum
b. 2 cawan gula castor/kalau nak kurang manis gune 1 cawan setengah (kalau anda tak suke manis nak lagi kurang manis ade orang guna gula perang je 2 cawan)
c. 250g butter (bersamaan sebongkah/seketul butter)
d. Setengah cawan serbuk koko (untuk cookies nampak coklat)
e. 1 biji telur
f. 1 sudu esen vanilla
g. 1 sudu baking powder
h. 1 sudu soda bikarbonat
i. 2 cawan coklat chip (sebenarnye ikut suke anda nak banyak mana, pastu klu nak tambah kacang pun boleh, ada juga yg campur dengan Hershey coklat)

Cara2:

panaskan oven 150-170 darjah celcius selama 5 minit.


p/s: Kalau nak bentukkan doh atas acuan tu jangan besar2 sangat ye, sebab cookies akan menaik gebu gile sebelum die turun balik membentuk elok. Saye buat kecik2 bulat2 je..lagi satu. bakar jangan sampai hitam, agak2 die dah turun sikit (atas ade kembung sikit) and still warna coklat boleh angkat dah. Klau hitam tu mmg kene angkat dah sebelum jadi hangit.
ni rupa biskut saye sebelum masuk oven.
ni lepas masuk oven. huhu.
haha..abaikan bentuk dan warne sebab kebanyakan nye terlebih masak :p 1st try kan, di maafkan.onion head Pictures, Images and Photos

Wednesday, June 25, 2014

Cara Beli Online Ticket:Tiket:Wayang:Cinema:e-payment:online banking:GSC:Scan barcode

Assalam and Good Morning :)

Kali pertama saya buat online booking tiket wayang GSC, jadi saya nak berkongsi ilmu baru ni untuk orang lain.

Mule bukak website GSC http://www.gsc.com.my/

Untuk pengetahuan semua, hanya membership GSC je boleh beli tiket online. Korang bukan member?jangan risau, sign up je dengan klik 'JOIN'. Simple je step untuk join. (sebelah LOGIN). Refer gambar di bawah.

Selepas tu, isikan maklumat yang die mintak. Dah siap isi, klik submit. (No. passport x wajib isi kalau tiada).
Lepas tu check email yang korang isi dalam borang tadi, ada link dalam email tu, klik untuk pengesahan pendaftaran. Jadi anda sudah berjaya menjadi membership GSC dan layak beli tiket online.

Korang log in guna ID dan password yang korang guna/decide/tentukan masa isi borang pendaftaran tadi.
 

Klik kat 'Ticketing&Showtime', klik 'e-Payment'

klik proceed. 


korang boleh klik kat cinema mana korang nak pegi tengok cth: Megamall, Times Square, Starmall Mentakab. Lepas tu, klik movie untuk tengok senarai movie pilihan korang.

Lepas tu, belah kanan akan keluar waktu&tarikh movie yang korang nak tengok, boleh klik yang mana (yang warna merah tu). Lepas tu, klik movie pukul berapa yang korang nak tengok.

Akan processing sekejap, bile keluar gambar bawah ni, klik seat mana korang nak duduk. Yang nombor tu kosong, boleh pilih. Klik dengan cursor untuk tanda tempat (akan jadi warna hijau tanda korang dah cop). Selepas tu klik 'Next'.


Screen bawah akan keluar. Harga, berapa tiket, dewasa/kanak2 boleh pilih kat atas tu. Total yang keluar ni adalah harga tiket tidak termasuk yuran pembelian iaitu RM0.50 untuk 1 tiket untuk GSC. Kalau TGV RM1. Tandakan pada kotak 'I agree to terms & conditions'. Lepas tu klik 'Purchase'.


Pilih cara bayaran. Kredit kad/online banking. Lepas tu klik 'Pay'. (Jadi korang kene log in online banking korang lah untuk teruskan pembayaran. Cth bank: Maybank, cimb, rhb etc. Boleh tengok kat senarai yang keluar.)

Maybank2u

cimbclicks

Kad Kredit
 

Lepas tu, jumpe screen kat bawah ni, cek dulu maklumat yang tertera, baru klik 'Confirm' kalau dah pasti.

Kalau pembayaran statusnya berjaya, kat web gsc tadi akan keluar Transaction Status Successful.
 

Sila print tiket tu, klik kat history, atau kalau memang dah keluar screen kat bawah ni klik 'Print Tickets' @Selfprint Tickets. Kalau tak de, boleh cek email sebab dorang akan send kat email jugak. Sila print, sebab ada confirmation ID untuk ambil/collect tiket kat kaunter GSC nanti. Tanpa confirmation ID korang tak boleh dapat tiket sebenar. Duit dah bayar, tiket dengan duit melayang.


Kat bawah ni la Selfprint Ticket. Sila print, bawak ke kaunter untuk collect tiket. Datang awal 1 jam. Ada orang kata tak payah print pun tak pe cuma ingat dan bagi nombor Confirmation ID je pun boleh. Tapi tak confident, nak kena print jugak. huhu..So, saya dan adik-beradik nak enjoy movie Transformers this coming Friday!!! x sabar.

Update 18/8/2014:

haha...xpayah collect tiket pun takpe kalau anda ade kertas selfprint. Seperti yang di mentioned dalam blog yang saya bace tu die pesan suruh datang sejam awal takut tiket di lelong, lelong?aku tak pasti ye ke betol, sebab kalau dah scan barcode masa nak masuk tu, kire datang on time pun tak pe tak perlu awal sejam, unless you'all tak print out kena la datang awal 10 minit untuk collect tiket kat kaunter e-payment. Atau mungkin tuan blogger tu just book sahaja belum bayar, ntah la..sebab aku tak jumpe pulak option untuk book saje, beli ada lah. Itu pun kalau cinema tempat korang pergi ade gate yang boleh scan barcode. Aku baru ni dgn siblings tengok Expendables 3, just scan barcode kat kertas selfprint (pintu gate open) then masuk. Tak perlu print 4 keping kalau 4 orang, 1 pun dah cukup. Ada sesetengah orang yang beli tiket online menggunakan application GSC kat google play tu, dorang tak print out, boleh juga just save gambar barcode dalam handphone, then scan barcode guna handphone je kat gate.

Gate tempat scan barcode macam kat bawah ni (pintu kecil sebelah kiri macam dekat LRT tu).

Selain menggunakan services pembelian e-payment tiket kat website GSC. Sekarang dah advance sebab dah ada apps/application android Golden Screen Cinema yang mana semua orang boleh shoping tiket sesuka hati. huhu...boleh download di sini Golden Screen Cinema Apps.

Ok, hope membantu :)

Line leaf top Pictures, Images and Photos onion head Pictures, Images and Photos