.

Konco-konco

Saturday, November 23, 2013

yeah, boleh berblog tanpa batasan via tab with chrome (^_^)




Horey..
Kalau aku tau la, dari mula beli tab ni aku dh download chrome. Laju siot...web brower hampeh ape ntah g tab ni pakai before ni, lembab, berat..nak blogging mmg x best lah sebab xboleh upload gambar menyebabkan blog aku bersawang penuh. Tup tap tup tap nk dekat setahun baru tukar ke chrome, what a waste!

K la, saje nk test blogging via chrome, after this rajin la berblogging nampaknye :)
Line leaf top Pictures, Images and Photos onion head Pictures, Images and Photos

Thursday, November 21, 2013

Bayaran Pinjaman Kenderaan via ATM Ambank (MEPS)/ Car installmenst via Ambank ATM (MEPS)

Today is my 1st installment payment for "my car". Why "my car"? Its because belum bayar habis lagi so nama atas my sis. Saya mohon dan doa pada Allah agar permudahkan lah pembayaran balik kereta ni sampai habis takde sangkut2 sebab dah membabitkan nama my sister. Takpe, dah kawtim dengan mama kalau ada problem mama boleh tolong hulur..hihi! Kat sini ambank xde, so kepada mereka yang senasib dengan sy, boleh la cari 7 eleven yang berdekatan sebab sesetengah 7e ni ada ATM AMBANK. 2-3 minggu lepas semua 7e renovate, Alhamdulillah minggu ni dah open and siap renovation ngam2 time aku nak bayar kete die buka, yeah~

Yeah, sebenarnye entry ni is about payment installment kereta untuk bank AMBANK via AMBANK ATM machine tapi guna bank lain selain AMBANK iaitu through MEPS lah, tak kisahlah anda nak guna kad MAYBANK ke, BSN ke, CIMB ke, etc.

Search kat internet macam senang. Kita ada pilihan samada nak masukkan No.Plat kereta atau No. akaun pinjaman (No.Agreement yang panjang tu). Sumber2 internet kate senang nak ingat no.plat kete lagi berbanding no akaun pinjaman yang panjang tu. Tapi lain lak kes aku ni, 3-4 kali masukkan no plat kete, unsuccessfull je. Last try, masukkan no. agreement, baru lah keluar nama my sis, then baru la successfull to proceed the payment..ceh!!! nyampah betol. Mujur sekarang ni zaman teknologi, Tak perlu hafal, save dalam phone je. Peace yaw!

Ok, berikut adalah antara step2 yang aku search kat blog2 orang. Tapi tu la, maybe info berbeza sikit sebab menu kat ambank tu dah lain or ambank dah tukar sikit kot (Cth: sewa beli > pembiayaan), xtau la kalau lain ATM machine lain menu yang digunakan.

Ni info dari aku yang bertarikh 21 November 2013.

Masukkan kad (Contoh: kad Maybank) >> Masukkan Pin Nombor kad >> Pilih Financing/ Credit Card or Card-i/LOC (MEPS) >> Auto Financing (pembiayaan auto)/Industrial Hire Purchase (sewa beli)/Industrial Purchase-i >> Pilih samada Vehicle No.(No. Plat Kereta) kereta atau Financing Account No. (No. Agreement pinjaman) >> Press Continue >> Masukkan No. Plat Kereta/No. Akaun pinjaman (No. Agreement) >> Tekan Amount yang nak dibayar >> Klik Simpanan >> Kalau betul akan tertera nama pemilik kereta dan details lain >> Kalau dah betul klik press if correct >> TRANSACTION ACCEPTED >> ambil receipt dan simpan sebagai rekod.

_________________________________________________________________________________

Ni dari Yusri Wahab blog post 2011 (http://yusriwahab.blogspot.com/2011/01/bayar-ansuran-kereta-di-atm.html):
KHAS kepada mereka yang buat pinjaman kereta menggunakan AMBANK.Anda kini boleh bayar ansuran kereta anda di ATM. 

  • Tak perlu nak cari Bank AMBANK baru nak bayar ansuran kereta.
  • Jika malas atau tidak yakin nak  guna online bank untuk bayar ansuran kereta.

Hanya guna ATM AMBANK yang terdapat di mana mana sahaja. Ini termasuklah di 7 Eleven yang mempunyai AMBANK ATM. Anda  boleh bayar pinjaman kereta anda tanpa sebarang masaalah. Walaupun kad bank anda bukanlah kad AMBANK  iaitu anda menggunakan akaun bank lain.


Caranya,  masukkan kad ATM dan masukkan login anda seperti biasa. Kemudian, cari bahagian sewa beli. Klik di bahagian pinjaman kenderaan. Piliih samada menggunakan  nombor kenderaan atau nombor akaun pinjaman untuk membuat bayaran. Bagi saya nombor  kenderaan lebih mudah untuk di ingat berbanding nombor akaun pinjaman anda. Taip nombor kenderaan tersebut. Nama pemilik kenderaan tersebut akan keluar di paparan ATM tersebut.  Seterusnya, masukkan amaun bayaran yang anda mahu  bayar.  Anda tekan sahaja next untuk meneruskannya. Siap!.. 

::Ni dari sharinginfoz blogspot post 2010::

Ni caranya: Kunjungi mana-mana ATM Ambank dan gunakan kad ATM anda dari mana-mana bank (MEPS) untuk membayar pinjaman Ambank anda:
  1. Kunjungi mana-mana ATM Ambank
  2. Masukkan kad ATM bukan Ambank dan tekan nombor pengenalan diri (PIN) anda
  3. Pilih PINJAMAN / KAD KREDIT / LOC (MEPS)
Waktu operasi: pembayaran loan kenderaan: 6.00 pagi hingga 12.00 malam
pembayaran loan perumahan: 6.00 pagi hingga 10.30 malam

Caj MEPS standard sebanyak RM1.00 bagi setiap transaksi dikenakan.
_____________________________________________________________________________________________


Harap entry ni dapat membantu mereka yang memerlukan. TQ~ (^___^)

Note: Ni ada video guide kat Youtube untuk bayaran balik loan kereta ambank. 
Line leaf top Pictures, Images and Photos onion head Pictures, Images and Photos

Wednesday, November 13, 2013

Positively Malaysia. Love infinity Malaysian culture.



Lama x blogging. Bila ada kesempatan, mmg sure update blog. Semenjak habis study, mmg lampi sikit update blog..huwarghh..lama x blog jog, so tadi menapak kat blog keknis Hanis Zalikha. Tertarik sesangat dgn entry "Positively Malaysia" and sangat suka sangat setuju dengan isi entry tersebut, lantas saya pun nk share and sebar kat blog ni untuk semua orang. By the way, Positively Malaysian ni berkenaan kebaikan rambang or in English random act of kindness iaitu tolong orang yg x dikenali secara rambang.... ^___^

antara kisah dari pengalaman saya:

1. Tolong jaga orang demam. 1 perkara yg sy paling ingat dan terharu sampai skrg..masa saya matrix kat Gopeng dulu @KMPK. Batch 2006/2007. Saya pernah ada 3 roomate, kisahnya berkaitan dgn my roomate sebelah katil, tingkat 2 Blok P2. X ingat nama penuh die, tp panggil die nola..sy memang ada pnyakit demam muntah2 since primary school. Tp naik 2ndary school dah kurang. tp maybe masuk tempat baru kot, badan x adapt lg, so i got a heavy fever that time. Muntah2, demam..muntah kat depan bilik. Lola baik sangat..die budak straight A's. Budak sc fizik. Buat sy terharu bila die jage sy demam, die basuh muntah depan bilik. Die sediakan baldi tempat sy nak muntah kat tepi katil, die jugak teman sy g klinik dgn warden. Oh Tuhan, die insan yg sgt baik. dah la comel, pandai, baik hati, kaya..complete! Bila sihat demam, sy ucap terima kasih sgt2 kat Nola sbb kebaikan yg die buat hari tu. X lama lepas tu, Nola dapat offer masuk UTP. so, hmm..walaupun sedih, tp happy for her. Semoga nola sentiasa bahagia, murah rezeki dan berjaya di luar sana. Nola pun apa khabar la skrg kan, buat apa lah skrg ni. Thank you for everything Nola. Perkenalan yg sekejap tu amat meninggalkan kesan di hati ni.

2. Beli barang kat kedai nenek tua. Saya adik-beradik sgt rindu arwah mak pah. Klu nampak nenek atau mak cik tua kat pasar/pasar malam/kedai, selalunye mesti beli apa2 kat kedai nenek/mak cik tua tu walau 1 brg pun.

2. Tambah duit xcukup. Adik kecik nk beli brg, xcukup duit byr kat tokey kedai, penah jugak tlg tambah. Perkara biase kat Malaysia bende ni..

3. Tumpangkan org x dikenali. 1 hari. aku, kakak, kak lang, adik naik kereta ke bazaar nenas teluk intan selabak. Ada nenek tua datang dr arah jalan besar dgn byk beg di tangan. sambil jalan sambil bercakap. sekali pandang mcm x siuman, rupe2nye dia mintak tumpang ke padang tembak. xde sorg pun nk tumpangkan die. so, aku and lain2 pujuk kak lang tumpangkan. kami pun tumpangkan lah nenek tu. Nenek tu kate, anak sedara die patah tangan, nk pegi jenguk, td anak die kat rumah die mintak tlg hantar, tp anak die tu nak keluar..jd nye die naik bas, turun kat simpang luar bazaar nenas selabak td. Kakak sy yg duk teluk intan ckp x jauh padang tembak tu. depan sikit dari bazaar td. Tapi bile lalu dgn kereta mak aih jauh tau x klu nak jln kaki. Rasa sebak lak byg kn nenek ni td nk jln kaki je ke situ. Cabaran yg kami hadapi, butiran percakapan nenek ni kurang jelas. So, ssh sikit nk cr rumah yg nenek ni nak pergi..cuma dpt clu 'rumah cikgu anom', 'anak sedara', 'padang tembak', 'kedai cina', 'mail ayam'...feuwww, cmne nk cr tu, selepas 2 kali pusing2 baru nenek ni sebut 'haaa...tu la umah mail ayam'..terus zasss kak lang slow kan kereta masuk kwsn perumahan depan sikit je dr rumah mail ayam td. Fuh lega...dari situ baru la nenek ni bg direction yg kire clear sikit la sbb die tunjuk2 dgn jari belok mana belok kiri belok kanan...syukur alhamdulillah, kami jumpa jugak rumah yg nenek ni nk pergi. Nenek tu nk hulur duit, kami tolak and cepat2 pergi..hehe..Semoga nenek sentiasa dilindungi Allah, murah rezeki, sihat sentiasa dan panjang umur...aminnnn..(ini mmg pertolongan ikhlas kami x harap apa2 cuma harap nenek tu sampai dgn selamat ke rumah yg nak dituju tu, kalau x tolong mmg akan teringat2 siang mlm..serious. Sebab kami rindu kat arwah mak pah, xbole tgk org tua macam ni..sob3)

4. Belanja org. Adik perempuan part time kiosk kedai air, asam, dan kurma dan makan ringan2 macam kacang, kuaci dll. 1 malam, saya dgn adik lelaki lepak kat kiosk adik perempuan ni, saje2. nak cerita 1 incident tu, ada mak cik datang. berbaju kurung kedah 'Dik..ni berapa'..adik perempuan jawab RM5 mak cik.. 'Gulp'..dgr mak cik tu telan air liur macam terkejut sikit. Kat tangan die ade note RM1. terus die letak and berlalu pergi. Saya dgn adik2 saling berpandangan. Adik lelaki cakap kat adik perempuan 'Na, awk belanja lah mak cik tu 1", adik perempuan pun angguk setuju. Adik lelaki terus berlari ambil 1 jajan (xigt kacang ke apa) berlari ke arah mak cik tu bagi jajan tersebut. Lepas tu dtg adik lelaki "org rase nak belanja jeruk buah ni sbb td mak cik tu pegang ni pastu eman tau arwah mak pah pun mmg suke makan ni", berlari pulak die lagi sekali bagi jeruk buah tu...

(ada lagi tapi xingat..nanti dah ingat will update later..perkongsian ini bukan untuk bermegah2 tapi mahu dikongsi agar semua di antara kita boleh terapkan nilai-nilai murni seperti ni malah ada banyak lagi random act of kindness ni yg patut kita buat...kan???)

Dipetik dari blog Keknis:

1. Berlebih-kurang. Bila dekat negara sendiri dimanjakan dengan; duit tak cukup berapa puluh sen untuk beli satu benda kecil kat kedai runcit, terus dihalakan dengan "Okay takpelah, bolehlah *sambil tuan kedai terima berapa banyak saja yang kita ada*". Bila dekat negara asing, tak cukup 20sen, sambil seluk kocek seluk beg, kutil-kutil duit syiling yang nak dibayar tuh, kira betul-betul, memang nampak kesungguhan nak membeli dan membayar, tapi memang short 20sen, terus cashier simpan balik barang tuh dan pulangkan duit. SOBS SOBS

2. Berkongsi.Dalam flight nak pulang ke tanah air, duduk sebelah orang negara asing. Pastu tengah bosing boran, ushalah magazine pouch dekat depan seat tuh kan, pastu nampak in-flight magazine jer boringgg, tiba-tiba nampak magazine cover Zhang Ziyi dekat magazine pouch orang sebelah, tangan main ambek jer tak terfikir langsung tuh dia punya, tiba-tiba orang tuh kata "That's mine". Pastu terasa diri ini macam rude sangat, teruslah cakap "OMG I am so sorry, I am so sorry, I didn't know".  Dia reply "It's okay". Tu jer. Noktah. Noktah. Nok-freaking-tah. Takde pun kata "You can read it first" ke..."It's okay if you want to read it" ker... Walhal sampai touchdown dia tak baca pun magazine tuh! Kalau orang Malaysia sure dah buat kebaikan rambang dengan bagi kita baca magazine dia. Awkward moment gila. Dah lama dimanjakan oleh masyarakat Malaysia, culture shock kejap I dengan masyarakat luar yang kedekut nih LOLOLOLOL.

3. Menjaga hati.Kadang-kadang kita tak suka pun nak penuhi sesuatu permintaan yang kita tak gemar. Tapi sebab orang dah request elok-elok, kita mesti nak jaga hati orang tuh dan iya kan saja. Tak sampai hati nak tolak. Contoh paling senang; bila orang mintak nak dukung baby kita (eh sejak bila aku ada baby nih, oh contoh je rupanya). "Can I hold your baby?" atau "Boleh dukung tak?" mesti dapat jawapan, "eh dukung jelah" atau "boleh tapi dia tak berapa suka dengan orang". Tak pernah dapat jawapan "Sorry no you can't" atau "Engkau jangan sentuh baby aku". Sebab ia adalah salah satu kebaikan rambang yang kita buat bila kita ceriakan hari orang dengan beri dia peluang dukung bayi kita. Kan? 

Orang Malaysia dah lama hidup dengan aman dan harmoni dan penuh kebaikan rambang. Sebab orang Malaysia memang berbudi dan kuat jaga hati. Sebab tuh orang kita kalau nak menegur pun dia tegur dalam sinis. Berpantun berperibahasa bagai.Every time I travel, I come back to Malaysia loving it even more. I can't help it. Malaysian courtesy can't be found elsewhere. Positively Malaysia.Please kongsi apa kebaikan rambang yang korang lakukan atau rasai (atas jasa orang lain) lately ini. Jalan lupa guna hashtag #PositivelyMalaysia dan tagkan negeri korang, macam Keknis akan tag#Selangor . Kalau takde hashtag tak dapat nak kongsi dan galakkan orang lain buat benda sama dekat website http://www.malaysia.my/positivelymalaysiaSebarkan!!! Jadikan Malaysia satu negara yang terpuji.

Itulah apa yg keknis share kat blog die..yes i am proud to be Malaysian!

blog keknis HANIS ZALIKHA http://inibelogsaya.blogspot.com/
Line leaf top Pictures, Images and Photos onion head Pictures, Images and Photos